Nasi tambah dari Guan Eng
Guan Eng: Salur kemarahan pada kementerian
Rakyat Malaysia berhak berasa marah dengan penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh, kata setiausaha agung DAP.
Lim Guan Eng (kanan) bagaimanapun berkata, kemarahan itu sepatutnya disalurkan kepada Kementerian Pendidikan yang didakwanya gagal memupuk rasa hormat terhadap semua agama.
"Kegagalan Kementerian Pendidikan untuk mengambil kira sensitiviti agama lain menunjukkan sikap pemimpin BN di peringkat kerajaan persekutuan," katanya yang juga ketua menteri Pulau Pinang.
Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, sikap tidak sensitif itu juga diperlihatkan apabila kerajaan tidak bertindak terhadap dua pemimpin tertinggi kumpulan pendesak Melayu PERKASA- Datuk Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin - yang pernah terlibat dalam kontroversi melibatkan agama lain.
Bagaimanapun, tambah Lim lagi, pasangan Alvian Tan dan Vivian Lee yang didakwa mempersenda kesucian Ramadan sahaja dikenakan tindakan walaupun telah meminta maaf.
Mengulas kejadian yang pada mulanya heboh di alam maya itu, Lim berkata, ramai yang marah dengan layanan terhadap sekumpulan murid dalam isu itu kerana ia merosakkan nama baik agama Islam sendiri.
"Islam tidak membenarkan tindakan sedemikian; dan DAP berharap supaya rakyat Malaysia dapat membezakan antara Islam yang mulia dan aman, berbanding mereka yang merosakkan nama baik Islam dengan memberi layanan yang begitu menghina terhadap anak-anak kecil tersebut." katanya.
Setelah tersebar luas di Internet dan dilaporkan media, ibu bapa mula tampil menyuarakan bantahan mereka.
Seorang suri rumah Rebecca Joseph, 32, antaranya berkata, dalam bilik persalinan itu terdapat dua bilik mandi dan ada dua tandas, lapor Bernama.
Bagaimanapun, terdapat blog yang tampil membela sekolah dengan berkata keadaan sebenar tidak seperti digambarkan, malah terdapat sekeping gambar menunjukkan guru Islam turut menggunakan bilik sama untuk berbuka puasa.
Menurut blog Y1M Checkmate, tidak ada tandas dalam lingkungan 30 meter dari bilik itu.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan dakwaan tersebut dan dalam proses mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa berkaitan dan pihak-pihak yang terlibat.
# Ini cerita saya
Semalam saya poskan satu N3 yang berkaitan
Terang-terang saya sendiri pun tidak setuju terhadap apa yang pihak sekolah berkenaan laksanakan - saya andaikan anak saya berada di tempat itu
Y1M ini saya tidak kenal namun oleh kerana dia menyangkal dan melakarkan cerita sebenar (mengikut katanya), saya cnp di blog ini
Untuk keadilan rasanya adalah wajar bagi semua pengunjung mengetahuinya juga
Cuma saya tertanya-tanya kenapa Mazwandi Mustaffa melenting?
Isu sekolah Sri Pristana, ini adalah artikel yang saya jumpa (terima kasih kepada sesiapa yang telah memberikan link blog tersebut). Ini adalah terjemahan nya.Artikel ini di tulis oleh seorang lelaki india yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut.
"Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul.
Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.
Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat:
1. kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama. Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi.
2. Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri.
3. Pengetua yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin.
4. bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013. Ini adalah salah satu inisiatif dari Pengetua untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah terik dan panas matahari.
5. Sehingga bermulanya Ramadhan, semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai "kantin"
6. Sebenarnya TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut.
7. Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.
7. Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda "tandas" (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya, itu bukan tanda "tandas" tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan.
8. Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan.
9. Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin. Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini.
10. Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli) . Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini .
11. Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di facebook, hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan didalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013.
12. Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup "kantin sementara" dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah.
Ini adalah sebahagian daripada kisah sebenar yang GAGAL untuk difahami oleh sesetengah pihak.
- gambar dibawah sudah cukup untuk menepis tuduhan bahawa sekolah ini memberi "layanan buruk" kepada pelajar bukan islam. Guru-guru sendiri pun menggunakan bilik tersebut sebagai tempat untuk menjamu selera.
This is the other side the story that we all failed to understand. The only question that the HM and the school failed to answer is ' Why the canteen has been closed during Ramadhan? ' Arent these small no of children also need to eat?
Whether its right or wrong... I let you guys to judge.. I have visited the school and this is the story that I can provide to you guys. If you guys are not satisfied, follow me tomorrow to the school. We can see it together. PIBG will be there as well. Email me if you are coming draam88@gmail.com .
Agaknya dia orang lebih suka anak diorg makan tepi longkang dan duduk kat atas lantai...
ReplyDelete