Dan banyak lagi kata-kata berbentuk perkauman yang patut diteliti
Kerana kebanyakannya keluar dari mulut manusia yang berkuasa dan berpengaruh...
Bila pengaruhnya besar, maka besarlah impaknya!
Polis akan siasat kes sebar gambar murid makan
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan memberi amaran untuk mengenakan tindakan mengikut Akta Hasutan ke atas individu yang menyebar gambar menunjukkan murid bukan Islam yang makan di bilik persalinan SK Seri Pristana.
Thaiveegan dalam satu laporan Utusan Online berkata, penyebaran gambar berkenaan “boleh menimbulkan isu provokatif dan perbalahan kaum”.
"Polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan kepada pihak yang menyebarkan maklumat berbaur hasutan di laman sosial berkenaan isu yang membabitkan sekolah berkenaan," katanya seperti dipetik laman tersebut.
Gambar yang berlegar di Facebook itu dilaporkan mencetus kontroversi di kalangan pengguna Internet
Beberapa keping gambar di Facebook yang didakwa memaparkan murid bukan Muslim makan di kawasan bilik air di sebuah sekolah sewaktu bulan puasa mencetuskan kontroversi di kalangan pengguna Internet pada hari Selasa lalu.
Gambar itu dikesan dimuatkan oleh ibu bapa kepada pelajar sekolah terbabit, yang terletak berhampiran Sungai Buloh.
Ia menunjukkan pelajar duduk di meja makan yang terletak dalam kawasan bilik persalinan sekolah tersebut.
Timbalan menteri pendidikan II P Kamalanathan yang meninjaukawasan tersebut keesokan harinya bagaimanapun berkata, tindakan berkenaan tidak melibatkan soal agama atau kaum.
Kamalanathan yang berkata, ia hanya melibatkan lokasi kantin sementara tersebut, yang digunakan sejak Mac tahun ini.
Laporan awal mendakwa hanya pelajar bukan Islam dipaksa makan di kantin sementara tersebut pada bulan Ramadan.
Katanya, ia berlaku memandangkan kerja-kerja menaiktaraf kantin tersebut bermula antara seminggu hingga dua minggu lalu.
Kamalanathan juga berkata Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut juga maklum mengenai kantin sementara tersebut sejak Mac kerana ia dibincangkan dalam satu mesyuarat sebelum ia dilaksanakan.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa