Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 23, 2013

Tidakkah Ini Serius?

Apakah puncanya?
Adakah ini adalah salah satu penyumbang kepada dera dan kekasaran rumahtangga? 

20 peratus penduduk hadapi masalah mental, kata Dr Hilmi - Bernama
JULY 23, 2013
LATEST UPDATE: JULY 23, 2013 12:57 PM
Satu peratus daripada keseluruhan 28.3 juta penduduk Malaysia menghadapi penyakit mental manakala 20 peratus lagi menghadapi masalah kesihatan mental, kata Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Timbalan Menteri Kesihatan itu berkata, antara masalah kesihatan mental itu seperti murung, tekanan dan keresahan.
Menyedari tidak mudah untuk mengenal pasti masalah emosi dan tekanan mental seseorang, katanya, kementerian itu menyediakan kemudahan saringan bagi mengenal pasti penyakit dan tekanan emosi individu.
"Ada 224 pakar psiakiatri dan 100 pakar psiakiatri klinikal di seluruh negara," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator S Bagiam Ayem Perumal di Dewan Negara hari ini."Ini dilakukan di 806 buah klinik kesihatan, 40 buah hospital dan empat hospital mental di seluruh negara.
Kepada soalan asal Bagiam yang bertanyakan langkah Kementerian Kesihatan untuk memberi kesedaran mengenai masalah stres kepada rakyat, beliau berkata:
"Ia termasuk mewujudkan satu portal mengenai perkara itu dan mempertingkat program dan latihan kemahiran menangani stres dalam kalangan komuniti," katanya. - Bernama, 23 Julai, 2013.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa