Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 24, 2013

Aikk....Kan Baru Ni Selepas Dicabar Pendikar, Dah Diulang?

Di Lobi Parlimen tak boleh pakai ker? 
Atau masih diiktiraf sebagai Dewan?

Dalam kes lain pula Anwar saman Syed Hamid berdasarkan kanyataan di Lobi Parlimen-laporan di sini

Rasanya tidak ada sebab SPR berdolak dalih dan mencabar Rafizi sekali lagi

Entoh le, kome idokler paham sangat!

Pengerusi SPR cabar Rafizi ulang tuduhan di luar Dewan Rakyat
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
JULY 24, 2013
LATEST UPDATE: JULY 24, 2013 12:23 PM
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini mencabar Rafizi Ramli mengulangi tuduhan berkaitan pembekal dakwat kekal yang dilempar terhadap pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), di luar Dewan Rakyat.
Pengerusi SPR itu menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Pandan yang juga Pengarah Strategi PKR itu tidak wajar kerana mereka tidak dapat menjawabnya di Dewan Rakyat.
"Menyedihkn bahawa nama kami disebut dan kami tidak dapar menjawabnya di dalam Dewan. Ini satu perbezaan besar.
"Kami buat keputusan mencabar Rafizi supaya ulang kenyataan itu di luar Dewan Rakyat atau di mana-mana beliau suka sebagaimana dia sebut dalam Parlimen," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Majlis Daerah Gong Kemuntong untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut,
Rafizi sebelum ini mendakwa pembekal dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ada hubungan rapat dengan kedua-dua pegawai tertinggi SPR.
Selain Abdul Aziz, beliau juga merujuk kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar iaitu Timbalan Pengerusi SPR tetapi kedua-dua mereka menafikannya.
Rafizi sebelum ini turut mendakwa kontrak membekal dakwat kekal itu diberi secara rundingan terus.
Beliau juga mendakwa syarikat pembekal topi pada PRU13 diberi kepada syarikat sama yang membekal dakwat kekal yang didakwa mudah ditanggal.
Katanya, tiga syarikat yang diberi tender topi itu ada kaitan dengan Mohamed Salleh Mohd Ali selaku pembekal dakwat kekal.
"Melalui semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tiga syarikat itu ada hubung kait secara langsung dengan Mohamed Salleh, individu yang menerima kontrak pembekalan dakwat kekal," katanya.
Rafizi berkata, tiga syarikat itu ialah Nash Ventures Sdn Bhd, Ayumi Resources Sdn Bhd dan Bumi Textiles Sdn Bhd, ketiga-tiganya mendapat kontrak menerusi rundingan terus.
Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini mengemukakan saman ke atas Abdul Aziz dan Wan Ahmad kerana membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak dalam dakwat berkenaan. 24 Julai, 2013.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa