Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 31, 2013

Bangla Pula Buat Taik Di Sini

'Orang kaya' diculik, lima lelaki ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang mangsa culik diselamat sementara lima lelaki yang dipercayai menculiknya ditahan di sebuah kondominium di Jalan Tiong Nam di sini lewat malam semalam. 

Mangsa berumur 43 tahun yang merupakan warga Bangladesh sementara suspek yang berumur antara 21 hingga 43 tahun juga merupakan rakyat Bangladesh. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mangsa yang juga seorang peniaga diculik dua hari lepas di Jalan Putra di sini dan para penculik meminta wang tebusan bernilai RM40,000 daripada keluarga mangsa di Bangladesh.

Beliau berkata pihak polis menerima laporan daripada keluarga mangsa yang memaklumkan mangsa telah diculik dan mereka diminta membayar sejumlah wang sebagai tebusan. 

"Suspek turut didakwa meminta RM60,000 selepas menerima wang sebanyak RM40,000 daripada keluarga mangsa yang dipercayai dibayar melalui bank.

"Hasil siasatan mendapati, sebelum menculik mangsa, suspek mengetahui bahawa mangsa adalah orang kaya," kata Ku pada sidang media di Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur di sini hari ini. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa