Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 31, 2013

Mamat Hensem Suspek Bunuh Hussain Ahmad Najadi

Polis kenal pasti suspek pembunuh pengasas Ambank, pemandu teksi ditahan
JULY 31, 2013
Gambar suspek penembak Hussain Ahmad Najadi yang dirakamkan CCTV

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya memberkas suspek kes tembak mati Pengasas AmBank, Hussain Ahmad Najadi, 75, di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata suspek dipercayai seorang pemandu teksi berusia 44 tahun ditahan di sebuah kedai kopi di Sri Petaling pada jam 9 malam semalam.
Katanya, polis percaya selepas penembak melepaskan beberapa das tembakan yang membunuh Hussain, dia kemudiannya melarikan diri menggunakan teksi yang dibawa oleh suspek pemandu teksi berkenaan.
“Berdasarkan rakaman CCTV di tempat berkenaan, polis mengenalpasti suspek yang dipercayai boleh membantu siasatan polis. Maklumat saksi kejadian mendakwa terdapat tiga lelaki terbabit dalam tembakan itu.

“Kita percaya suspek penembak adalah penumpang tetap teksi itu dan selepas kejadian itu, pemandu teksi ini menurunkan suspek penembak ini di Jalan Alor.
“Hasil siasatan polis mendapati hanya seorang sahaja yang melepaskan tembakan itu,” kata Ku dipetik dari portal berita Astro Awani.
Beliau berkata, lelaki terbabit dikenali sebagai Sei Ngan Chai@Chen berumur dalam lingkungan 30-an dan dipercayai selalu bergerak di kawasan Taman Maluri, tetapi belum boleh dipastikan sama ada suspek penembak ini adalah pembunuh upahan atau tidak.
Semalam, agensi berita nasional, Bernama melaporkan polis tidak menolak kemungkinan urusan jual beli hartanah adalah motif di sebalik kejadian Hussain mati ditembak.
Bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata ia masih dalam siasatan dan pihaknya sedang mengumpul maklumat latar belakang kejadian itu.
Beliau percaya perkara ini dilakukan oleh pembunuh upahan dan polis akan memanggil tujuh saksi untuk merakam keterangan.
Jenazah Hussain selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada 10 malam semalam selepas disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta selepas solat Isyak.
Balu Allahyarham, Chong Mei Kuen serta kira-kira 30 anggota keluarga dan rakan beliau hadir memberi penghormatan terakhir. - 31 Julai, 2013

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa