Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 22, 2013

Hadiah Yang Amerika Bawa Kepada Iraq

65 Terkorban Letupan Bom Di Wilayah Baghdad

BAGHDAD: Letupan bom membunuh 65 orang di wilayah Baghdad pada malam Sabtu, kata pegawai, ketika Iraq berjuang untuk membendung keganasan yang paling teruk sejak 2008, di mana 520 telah terkorban pada bulan ini.
Sebanyak 12 bom kereta dan bom tepi jalan diletupkan di kota Baghdad, manakala satu lagi bom diletupkan di Madain, ke selatan ibu kota, menurut seorang kolonel polis dan pegawai perubatan.
Letupan juga mencederakan 190 orang.
Bom diletupkan ketika penduduk Baghdad keluar membeli-belah dan bersantai di kafe selepas berbuka puasa, dalam bulan suci, Ramadan.
Dalam kejadian dahsyat itu, dua bom kereta membunuh 12 orang di Karrada, manakala dua bom kereta dan bom tepi jalan diletupkan di Zafraniyah yang mana kedua-dua kawasan terletak di tengah-tengah Baghdad.
Keganasan juga melanda utara Iraq.
Sebuah bom tepi jalan membunuh seorang anggota polis dan mencederakan yang lain di bandar Mosul, manakala bom kereta di tenggara bandar ini membunuh seorang wanita dan mencederakan 22 orang, termasuk tujuh polis, dan bom yang diletupkan ke bahagian barat mencederakan tiga orang.
Keganasan pada Sabtu adalah keganasan yang dahsyat di Iraq sejak 10 Jun apabila serangan pada masa itu membunuh 78 orang. - sumber

1 comment:

  1. -what went wrong-

    There's something wrong with our islamic society
    I try to think positive but it's hard to be...
    There was an iraqi bombing the other day
    And more innocent victims had to pay...
    If there is an answer to all the problems?
    Can we seriously try to solve them?..
    We have no one but ourselves to blame
    The excuses have been all the same...
    This crime is a senseless disgrace
    Let's do something to make the world safe.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa