Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 27, 2013

LKS: 'Dr M cuba laga Melayu dengan Cina menjelang pemilihan Umno

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuduh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba melaga-lagakan antara orang Melayu dengan kaum Cina menjelang pemilihan Umno.

Beliau mendakwa Mahathir mereka-reka mitos yang merbahaya dan palsu mengenai 'dilema orang Cina'  mahu merebut kua sa politik orang Melayu di Malaysia dan cuba menonjol agenda untuk pemilihan Umno yang akan datang.

Mahathir, dalam satu kolumn di akhbar New Straits Times hari ini, berkata orang Cina rakyat Malaysia berada dalam dilema, iaitu sama ada mahu merebut kuasa politik atau berkongsi dengan orang Melayu di negara ini.

Dalam satu kenyataannya, Lim berkata, negarawan itu memang tahu tahu sangat bahawa realiti politik dan demografi di negara ini bermakna bahawa kuasa politik Melayu tidak akan berada dalam bahaya. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa