Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 30, 2013

“Kami tidak akan berganjak dari Dataran Rabia al-Adawiya ini! - Penyokong Mursi

Syahid menjadikan mereka kental!

Penyokong Mursi enggan berganjak
Jutaan penyokong Mursi bersemangat untuk terus kekal berhimpun
di Dataran Rabia-al Adawiya di Kaherah

KAHERAH - MESIR. Jutaan penyokong Presiden Mesir yang digulingkan Mohamed Mursi berdiri teguh dan nekad meneruskan protes sungguh pun dihujani serangan peluru hidup pasukan tentera dan polis di masjid sekitar Kaherah.

Media tempatan melaporkan kepada Press TV, sejak penggulingan pemimpin itu, jumlah penyokong Mursi yang berhimpun di sekitar masjid utama kian bertambah dengan terus berhimpun  di jalanan sekitar bandar raya itu.

“Mereka tidak gentar dengan serangan tentera. Mereka sanggup bermandikan darah asalkan Mursi dibebaskan segera,” menurut laporan itu.

Menurut laporan itu lagi, sejak rampasan kuasa tentera, lebih dari 100 penyokong Mursi terbunuh manakala ribuan yang lain cedera.

Jurucakap Ikhwanul Muslimin Mohammed el-Beltagi berkata, pasukan keselamatan Mesir bertanggungjawab atas segala pembunuhan yang berlaku.

“Kami tidak akan berganjak dari Dataran Rabia al-Adawiya ini! Mursi harus dibebaskan segera. Perjuangan kami demi agama dan rakyat Mesir. Kami menolak rampasan kuasa dan tidak akan memberi peluang untuk rundingan damai sekiranya Mursi belum dibebaskan,” katanya. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa