30 Julai 2013
Unit Forensik sedang memeriksa tempat kejadian
IPOH - Suasana aman sebuah restoran bertukar ‘gempar’ apabila dua lelaki bertindak melepaskan beberapa das tembakan terhadap sekumpulan lima lelaki yang sedang minum di sebuah restoran dalam kejadian yang berlaku di Lebuh 5, Kampung Simee, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, Jasrafveenderjeet Singh, 25, mati di akibat terkena tembakan di leher, manakala dua lagi mangsa yang berusia 55 dan 28 tahun cedera dan mendapat rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.
Difahamkan mangsa berusia 55 tahun mengalami kecederaan di telinga manakala mangsa yang berusia 28 tahun mengalami kecederaan di lengan kiri dan kedua-dua mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, sewaktu kejadian, ketiga-tiga mangsa sedang minum bersama dua rakan mereka di sebuah restoran sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Wira.
Beliau berkata, Jasrafveenderjeet dipercayai menuju ke kereta berkenaan sebelum suspek melepaskan beberapa das tembakan mengenainya dan dua rakan lain.
“Siasatan awal mendapati, ramai pelanggan berada di dalam dan luar kedai ketika kejadian berlaku.
“Malah, ada dalam kalangan pelanggan menyatakan terdengar seakan-akan bunyi ‘mercun’ yang sebenarnya adalah bunyi beberapa das tembakan yang dilepaskan suspek di dalam kereta tersebut.
“Akibatnya ketiga-tiga mereka mengalami kecederaan dan dibawa ke HRPB untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Berikutan itu, Chang Keong berkata, Ops Tutup dilancarkan bagi mengesan dua suspek yang berjaya melarikan diri dalam kejadian berkenaan.
“Kami masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya.
Sementara itu, salah seorang saksi yang enggan dikenali memberitahu, sebelum kejadian tembak berlaku, suspek dikatakan telah bertemu kumpulan lelaki berkenaan yang sedang minum di restoran tersebut.
Menurutnya, berlaku sedikit perselisihan faham antara kedua-dua pihak sehingga menyebabkan salah seorang dari kumpulan tersebut menampar muka suspek.
Katanya, selepas insiden itu berlaku, suspek kemudian bertindak beredar sebelum muncul kembali untuk kali kedua di restoran berkenaan.
“Salah seorang lelaki yang duduk minum bergerak ke arah kereta yang dinaiki dua lelaki terbabit. Bagaimanapun, tiba-tiba beberapa das tembakan dilepaskan dan saya bersama pelanggan yang berada di dalam restoran terkejut akan insiden tersebut,” katanya.
Dia mendakwa turut melihat salah seorang mangsa tertiarap manakala dua lagi cedera akibat terkena tembakan itu.
“Dua lelaki itu terus menghilangkan diri selepas kejadian itu berlaku dan kami segera mendapatkan bantuan. Ketiga-tiga mereka kemudiannya dibawa menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan di hospital berdekatan,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa