Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 31, 2013

Wakil EU Bersusah Payah: Di Manakah Pemimpin Yang Dikatakan Dunia Islam?

Selain Erdogan dengan nyaringnya
Suara pondan pun tak ada dari Pemimpin Negara Islam lain


Wakil Tertinggi EU Adakan Dua Jam Pertemuan Dengan Morsi
KAHERAH: Wakil Tertinggi bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Kesatuan Eropah (EU) Catherine Ashton mengadakan dua jam rundingan dengan Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi, yang kini berada dalam tahanan sejak sejurus selepas rampasan kuasa 3 Julai, kata jurucakapnya, Selasa.

Ashton bertemu Morsi "selama dua jam," kata jurucakap, Maja Kocijancic kepada AFP.

Beliau yang berada di Kaherah untuk membincangkan krisis politik berdarah yang mencengkam negara paling ramai penduduk di dunia Arab, bertemu Morsi pada waktu malam.

Sumber-sumber memberitahu AFP bahawa beliau telah meninggalkan Kaherah dengan sebuah helikopter tentera untuk lokasi yang tidak didedahkan di mana Morsi sedang ditahan.

Pada lawatan terakhir beliau pada 17 Julai, Ashton tidak berjaya meminta untuk berjumpa dengan Morsi dan menggesa beliau dibebaskan.

Penyokongnya telah berhimpun setiap hari mendesak beliau dikembalikan dan pada Isnin berarak dari bandar-bandar utama di Kaherah ke beberapa ibu pejabat keselamatan.

Ashton, yang tiba di Kaherah lewat kelmarin, mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai berkaitan di sepanjang Isnin, termasuk Presiden interim Adly Mansour, naib presiden bagi hal ehwal antarabangsa Mohamed ElBaradei dan Ketua Tentera Umum Abdel-Fattah al-Sisi. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa