Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 27, 2013

Angkara Amerika Dan Sekutu Yahudinya Sehingga Sekarang Iraq Tidak Kecapi Keamanan!

14 pemandu trak dibunuh
26 Julai 2013

BAGHDAD - IRAQ.Seramai 14 pemandu trak ditembak mati dan kenderaan berat mereka dirampas sewaktu melalui lebuh raya di utara Baghdad, Iraq, semalam.

Pegawai, Mohammed al-Bayati berkata, serangan dipercayai dilakukan militan  yang turut membedil mortar  sejak kelmarin.

Serangan membabitkan rampasan trak adalah keganasan terbaru di seluruh Iraq dan lebih 2,900 orang dilaporkan terbunuh bermula April.

Penghujung April lalu, satu perjanjian damai antara pemimpin pemberontak dan pegawai kerajaan dicapai susulan insiden pembunuhan di Sulaiman Bek.

Lebih 670 orang terkorban sepanjang Julai sekali gus menjadikan 2013 sebagai tahun terburuk di Iraq, dipetik dari PressTV. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa