Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 22, 2013

Tak Tahulah Siapa Yang Tak Cerdik, Sape Yang Melulu?

Seoarang Presiden, seorang Pemimpin dengan dua darjat yang berbeza

Apa yang aku nampak ialah 'tak cerdik'
Ape ke maknanya seorang Presiden sebuah parti Islam menuduh di depan umum tanpa sertakan bukti?

Kalau pun ini perkara benar, ape ker jadahnya buka pekung kawan di khalayak? 

Bukankah PR ada Majlis Presiden atau mekanisme lain untuk ajukan bantahan dan sebagai?

Pemimpin PKR umum saman Presiden PAS isu pil kuda
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
JULY 22, 2013
LATEST UPDATE: JULY 22, 2013 02:55 PM
Kurang dua hari sebelum proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, seorang pemimpin PKR mahu memfail saman terhadap Presiden PAS kerana menuduhnya mengedar pil kuda.
Mohd Shmasul Mat Amin, berkata Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan sahaja  menuduhnya, malah beberapa lagi pemimpin PKR menjual pil kuda ketika berceramah dalam kempen pilihan raya.
Akibat daripada ucapan Hadi itu, beliau berkata, dirinya sentiasa diaibkan dan diejek dikalangan masyarakat kampung.
"Saya menderita akibat perkara ini," kata calon PKR bagi DUN Bukit Besi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) itu pada sidang media di Kuala Besut, hari ini.

"Ia menyebabkan nama baik saya, keluarga saya tercemar, termasuk kredibiliti parti saya," katanya.
Pada kempen pilihan raya umum ke-13, Abdul Hadi menyatakan pertindihan kerusi antara PAS dan PKR bertujuan menggelakkan calon daripada lompat parti.
Tanpa menamakan calon, beliau juga berkata, ada calon PKR yang mengedar 'pil kuda' dan berpegang kepada ideologi komunis.
“Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut," kata Abdul Hadi dipetik.
PAS dan PKR bertelagah berikutan kenyataan berkenaan, malah kedua-dua parti itu bertembung di beberapa kerusi DUN, antaranya di Kota Putera, Seberang Takir, dan Bukit Besi.
Mohd Shamsul, 27, berkata beliau terpaksa menarik diri dari bertanding kerusi Bukit Besi selepas dakwaan yang dibuat Abdul Hadi walaupun namanya tidak disebut secara spesifik.
"Bukan hanya saya, tetapi keluarga juga terkesan," katanya. - 22 Julai, 2013.

4 comments:

  1. setuju sesangat

    Biar Presideng PAS ternganga mohon jawapan dari menantu kesayangan.

    PR bukan lagi Pakatan Rakyat tetapi Pelawak Resah.



    cetusan hati dan dedikasi
    Ahli PAS Bandar Penggaram

    ReplyDelete
  2. MENANTU KESAYANGANNYA TAK SABAR SABAR NAK CABAR MAMAT NI SELEPAS KHALID S. ALAM. ORANG MACAM NI PUN BOLEH DUDUK DALAM MAJLUS SHURA!

    ReplyDelete
  3. Kerana pulut santan binasa,
    kerana mulut menantu, Presiden merana...

    ReplyDelete
  4. Mane menantu kesayangan... mari la bela ayahanda ... ini lah akibat sayang sangat kat menantu yang lebih lajak dari laju...

    Eh... kenapa tak letak menantu terhebat ni bertanding di Kuala Besut? kan ke dia hebat, ada kelulusan Mesir pulak tu... tentu lebih hebat dari Che Long.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa