Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 30, 2013

Lagi-Lagi Utusan Yang Menjadi 'Musang'

Terserlah Melayunya tanpa asaskan agama!

Isu larangan azan, saksi tidak pernah hubungi Dr Mohamad Khir - Bernama
JULY 30, 2013
LATEST UPDATE: JULY 30, 2013 06:24 PM
Bekas setiausaha Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya tidak pernah menghubungi Dr Mohamad Khir Toyo bagi mendapat kepastian berhubung kenyataannya mengenai isu larangan azan yang diterbitkan Utusan Malaysia lima tahun lalu.
Menjelaskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mengapa beliau tidak berbuat demikian, Ahmad Redzuan Samsudin, 32, dalam keterangannya berkata: "Siapa saya untuk menghubunginya (Dr Mohamad Khir)".
Beliau berkata demikian ketika disoal peguam Mohana Kumar TKB yang mewakili Utusan Malaysia dan kolumnis, Datuk Mohd Zaini Hassan dalam perbicaraan kes saman fitnah RM30 juta yang difail Ahli Parlimen kawasan Seputeh, Teresa Kok Suh Sim.
Bagaimanapun, saksi kelima plaintif itu tidak bersetuju dengan cadangan Mohana Kumar bahawa Dr Mohamad Khir ada maklumat lain berhubung isu itu dan ia tidak diketahuinya.Ahmad Redzuan juga mendiamkan diri ketika disoal Mohana Kumar berhubung berlaku ketidakadilan terhadap bekas Menteri Besar Selangor itu disebabkan beliau tidak bertanyakan hal berkenaan.
Selaku setiausaha masjid pada masa itu, beliau ada pengetahuan berkaitan hal ehwal berkaitan masjid kerana ia masjid tunggal di Kota Damansara yang turut menaungi surau-surau lain.
Beliau juga memaklumkan mahkamah laporan polis dibuat Masjid Kota Damansara pada 10 September 2008 selepas Utusan Malaysia mengeluarkan artikel bertajuk "Ada Usaha Larang Azan di Masjid-Masjid Selangor" pada 9 September 2008.
"Setelah membaca artikel itu, ahli jawatankuasa (AJK) masjid  bermesyuarat pada sebelah malam (9 Sept) dan memutuskan untuk membuat laporan polis bagi mengesahkan bahawa fitnah (apa yang dilaporkan) Utusan Malaysia dalam artikel itu, palsu," katanya
Ketika ditanya Mohana Kumar sama ada terdapat minit mesyuarat pada 9 September 2008, Ahmad Redzuan berkata: "Tidak ada, yang ada hanya minit mesyuarat pada 13 September, selepas laporan polis dibuat".
Pada 9 Oktober 2008, Teresa memfail saman itu dengan mendakwa ia membawa maksud beliau seorang yang tidak boleh dipercayai, ahli politik yang jahat, bersikap perkauman dan antiIslam.
Beliau yang diwakili peguam, SN Nair, mendakwa artikel itu disiarkan semula dan diedar di seluruh Malaysia serta dunia menerusi perkhidmatan online Utusan, dan akibatnya, reputasi dan kewibawaannya tercemar.
Perbicaraan di hadapan Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid bersambung 29 Ogos ini. - Bernama, 30 Julai, 2013 - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa