Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 24, 2013

Itulah Dia Yahudi!

Allah sudah berikan amaran
Tetapi Arab/kita engkar
Memang Yahudi tidak boleh dipercayai
Penuh dengan tipu muslihat
Janji tak pernah dipatuhi sejak dari era Arafat lagi
Akhirnya Arab yang terkulat-kulat!

Netanyahu terus berdolak dalih
23 Julai 2013
Kerja- kerja pembinaan penempatan haram masih diteruskan 
di Tebing Barat. Gambar Kecil: Netanyahu

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran rundingan damai yang tertangguh lebih tiga tahun dengan Palestin dijangka sukar dilakukan.

Kenyataan itu disuarakan selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry menggesa kedua-dua pihak perlu menyelesaikan segala pertindihan itu terlebih dahulu sebelum membincangkan rundingan lain di Timur Tengah.

“Perbincangan sukar dilakukan terutama berkaitan draf perjanjian dan referendum,” katanya dalam laporan Al Jazeera.

Beliau dengan angkuh berkata, Israel memenuhi satu daripada tuntutan utama Palestin iaitu membebaskan tahanan namun tuntutan utama lain tidak akan dilayan.

“Kami bersetuju membebaskan 80 tahanan tetapi desakan menghentikan pembinaan projek di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur tidak boleh dipenuhi,” katanya. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa