Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 26, 2013

Adakah Masyarakat Kita Semakin Gila?

Apa nak jadi?
Boleh selesaikah masalah dengan ugut mengugut?

Guru Besar buat laporan polis sebab kena ugut
Pemangku Ketua Polis Selangor ugut mendakwa Penyebar gambar/maklumat kamudian dia tak ngaku pulak!
Entah dia tersalah cakap atau Media tersalah petik - wallahu aklam
Hari ini Pemberi maklumat pulak kena ugut
Apa nih?
Biar betul....di zaman batukah kita?

Pemberi maklumat SK Seri Pristana lapor polis kerana diugut
OLEH TRINNA LEONG
JULY 26, 2013
LATEST UPDATE: JULY 26, 2013 11:52 AM
Pemberi maklumat yang mendedahkan murid diarahkan makan di bilik persalinan sekolah kini berdepan dengan ugutan terhadap nyawanya.
Wanita yang memilih untuk dikenali sebagai Guneswari itu berkata, ugutan terhadapnya muncul di laman sosial Facebook - medium yang digunakannya untuk menunjukkan bagaimana SK Seri Pristana di Sungai Buloh melayan murid bukan Islam.
Bimbang dengan keselamatan diri dan anak perempuannya, Guneswari membuat laporan polis.
"Mereka tidak memperkenalkan diri dan saya takut mereka melakukan sesuatu kepada anak perempuan saya," katanya.Beliau memberitahu The Malaysian Insider antara ugutan yang diterimanya ialah ancaman untuk menculik dan mengurung dirinya dan anak perempuannya.
Mengingati kembali keputusannya untuk menyiarkan gambar berkenaan di Facebook, ibu yang terdesak itu berkata, beliau mengambil langkah itu sebagai jalan terakhir kerana pentadbiran sekolah gagal bertindak terhadap pertanyaannya.
"Bagaimana lagi saya hendak meluahkan keprihatinan saya. Mengapa mereka tidak boleh memahaminya," kata Guneswari.
Gambar yang disiarkannya di Facebook mengejutkan pengguna internet yang kemudian berkongsi gambar itu, dan akibatnya menyebabkan kekecohan di media sosial.
Sehingga petang semalam, gambar yang disiarkan itu menerima lebih 600 komen.
Ramai yang menyokong sementara ada juga pihak yang mengkritik dan mengugutnya.
Pengguna internet yang memberikan maklum balas negatif kebanyakannya membuat komen berbaur perkauman, meminta Guneswari dan ibu bapa bukan Islam yang lain menghantar anak mereka ke sekolah vernakular jika mereka tidak gembira dengan SK Seri Pristana, sekolah yang terbabit dalam kontroversi itu.
Seorang pengguna akaun Facebook dikenali sebagai Zainol Fitri memberi komen:`Jika kamu tidak suka, tukar sekolah. Ada sekolah Tamil, Cina dan sekolah nasional yang lain.'
Ada yang lebih teruk apabila seorang pengguna dengan nama Asmadi Axass memberita Guneswari untuk pulang ke tanah air asalnya dan jangan mengganggu bangsa itu.
Guneswari berkata, gambarnya dalam akaun Facebook digunakan oleh orang lain untuk menyebarkan khabar angin dan ugutan.
"Jika tiada tindakan diambil untuk menghentikan ugutan ini, ibu bapa tidak mahu lagi bercakap mengenai isu lain pada masa depan," katanya.
Guneswari bertegas menyatakan bahawa gambar yang disiarkannya itu tidak pernah menyentuh mengenai bangsa dan isunya hanya berkaitan kebajikan murid.

Beliau yang tertekan dengan kutukan itu berkata:"Keadaan kini memberikan tekanan emosi kepada saya dan semua ini sangat menyedihkan. Adilkah ini?" - 26 Julai, 2013.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa