Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 31, 2013

Apa Sebenarnya Berlaku Dalam PAS?

Pertemuan sulit pemimpin Umno-Pas tak berlaku

SHAH ALAM – Ketika isu Syiah dikaitkan Pas, timbul kembali isu penyatuan Umno-Pas apabila sekeping gambar dimuatnaik dalam satu akaun Facebook bekas penulis akhbar.

Dakwaan yang dikaitkan dengan gambar itu adalah berlaku satu pertemuan sulit di antara beberapa pemimpin Pas dan Umno untuk membincangkan masalah disamping usaha menyatukan kedua-dua parti itu.

Walaupun sebelum ini, Pas bertegas menyatakan tidak akan berlaku kerjasama untuk menyatukan kedua-dua parti yang telah berpecah semenjak tahun 1951.

Bagaimanapun, Sinar Harian Online telah mendapatkan pengesahan tentang pertemuan sulit yang dilaporkan penulis itu.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas tidak mengetahui dan mendapat maklumbalas  mengenai perkara itu.

Menurutnya, Pas berpendirian teguh tidak akan melakukan usahasama dengan Umno.

“Kita tak ada maklumat tentang pertemuan itu, termasuk di peringkat Pas Pusat.

“Kita tak ada gerakkan ke arah itu (kerjasama).

“Lagipun maklumat yang diperolehi daripada gambar itu susah nak kita tafsirkan. Kita nafikan sekeras-kerasnya,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali juga mengesahkan perkara tersebut tidak berlaku dan mendapat maklumat.

“Saya pun tak tahu, saya tak dengar apa-apa,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, berdasarkan sebuah blog terkenal yang dipetik mendakwa, satu pertemuan sulit terbaru telah diadakan bagi membincang masalah ke arah kerjasama itu yang diusahakan oleh sekumpulan cerdik pandai.

Dakwanya lagi, pertemuan itu dihadiri sekurang-kurang dua pemimpin ternama daripada Pas. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa