Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 29, 2013

Tembak Lagi: Kali Ini Di Ipoh Pulak!

Di Dalam suasana selamatkah kita (rakyat Malaysia)?

Seorang lelaki maut, 2 cedera ditembak ketika minum
Bernama
  • 4:48PM Jul 29 2013
Seorang lelaki maut dan dua cedera parah apabila ditembak oleh lelaki yang menaiki sebuah kereta ketika ketiga-tiga mereka sedang minum di bahagian luar sebuah restoran di Kampung Simee di Ipoh pada 10.15 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata Jasrafveenderjeet Singh, 25, yang cedera di leher meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Dua lagi yang cedera Koo Loo Kong, 55, dan Sarbjit Singh Harder Singh, 28, kini dirawat di hospital yang sama dan keadaan mereka dilaporkan stabil, katanya ketika dihubungi di Ipoh hari ini.

"Jasrafveenderjeet yang sedang minum bersama rakan-rakannya telah dihampiri sebuah kereta jenis Proton Wira yang dinaiki dua suspek.

"Mangsa kemudian bangun dan berjalan menuju ke kereta suspek sebelum kedengaran bunyi beberapa das tembakan yang dipercayai dilepaskan dari jarak dekat ke arah mangsa," katanya 

Beberapa das tembakan itu tersasar dan mencederakan dua rakan mangsa yang berada di meja makan, katanya dan menurutnya semua mangsa dibawa ke hospital berkenaan oleh orang awam.

Sum berkata siasatan di tempat kejadian menemui beberapa kelongsong peluru dan polis sedang mengenal pasti dua suspek berkenaan dan menyiasat jenis senjata, kereta dinaiki suspek dan motif tembakan.

Katanya polis juga akan merakamkan percakapan saksi yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan mendapati Koo mempunyai 13 rekod kesalahan lampau.

Mangsa semalam (bawah) pun kritikal.......mohon Allah sembuhkan dan panjangkan umurnya 

MyWatch: Keadaan Sanjeevan makin serius

Penasihat MyWatch S Gobi Krishnan berkata keadaan Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan, yang ditembak Sabtu lalu, kini dikatakan semakin teruk.

Gobi Krishnan berkata pemindahan Sanjeevan ke Hospital Serdang sedang diatur supaya peluru yang tersangkut di tulang rusuknya dapat dikeluarkan melalui pembedahan.

"Keadaan beliau semakin teruk dan kami sedang atur perpindahannya ke Hospital Serdang. Beliau demam dan ia semakin teruk," kata Gobi sewaktu dihubungi.

Beliau bercakap dari Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban, tempat Sanjeevan diwadkan sejak dua hari lalu.

"Beliau ditahan di sini selama dua hari kerana mereka kata Hospital Serdang belum beri kebenaran untuk beliau dipindahkan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa