Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 29, 2013

Kenapa Perkara Ini Hanya Berlaku Di Dunia Ketiga?

Sebelum ini di Filipina
Pastu di Thailand sehingga Pegerusi Pengendali PRnya menginap di Penjara
Pada Mei lalu di Malaysia
dan kini di Kemboja pula
Adakah di negara yang dihuni rakyat yang dianggap bodoh jer pemimpin dan jenteranya berani menipu?

Isnin Julai 29, 2013
Pembangkang Tidak Iktiraf Kemenangan Parti Hun Sen
Hun Sen (kanan) melambai ke arah penyokongnya selepas
membuang undi di wilayah Kandal pada Ahad

PHNOM PENH: Parti pembangkang Kemboja pada Isnin membantah kemenangan Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Perdana Menteri Hun Sen pada pilihan raya umum (PRU) negara ini dengan mendakwa berlaku penyelewengan.
"Parti Penyelamat Nasional Kemboja (CNRP) tidak dapat menerima keputusan PRU ... kerana mendapati berlaku penyelewengan yang serius," kata parti itu dalam satu kenyataan.
Parti itu menggesa sebuah jawatankuasa mewakili kedua-dua parti politik, Jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan dan organisasi awam segera ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan itu.
CPP mengumumkan memenangi 68 kerusi Parlimen berbanding 55 oleh pembangkang lewat malam Ahad.
"Kami boleh katakan kami memenangi pilihan raya umum ini," kata jurucakap CPP, Khieu Kanharith.
Pada PRU yang lalu, CPP memenangi 90 kerusi parlimen.
Keputusan terbaru itu mengesahkan CPP kehilangan 20 kerusi pada PRU kali ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa