Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 27, 2013

Semua MP BN Sabah Sudah Najib Diamkan

Najib mahu pastikan tiada MP Borneo lompat parti
Luke Rintod| July 26, 2013
Hampir kesemua anggota parlimen Sabah dan Sarawak telah "diurus" dengan baik, masing-masing mendapat habuan.
KOTA KINABALU: Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sabah dan Sarawak hujung minggu ini, yang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke 13, lebih kepada merayakan “kemenangan” pimpinannya memastikan tiada Ahli Parlimen dari Borneo lari ke pihak pembangkang.
Seramai 48 dari 57 Ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan Labuan adalah dari Barisan Nasional (BN). Jumlah 48 ini sekali gus memastikan BN terus memerintah Kerajaan Pusat untuk lima tahun lagi.
Hampir kesemua anggota parlimen Sabah dan Sarawak pula dikatakan telahpun “diurus” dengan baik, masing-masing telah mendapat habuan sama ada telah dilantik menteri, timbalan menteri mahupun jawatan-jawatan lain sama ada dari kerajaan pusat atau kerajaan negeri.
Terbaru sekali, Ahli Parlimen Sipitang, Sabah, Sapawi Ahmad telah dilantik sebagai Pengarah Yayasan Sabah.
Satu ketika, Sapawi rapat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas penglibatan aktif dalam kegiatan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dulu di Semenanjung dan Sabah.
Menurut sumber-sumber parti kerajaan, para pemimpin Sabah yang dijadual menemui Najib Sabtu ini di sebuah hotel terkemuka di Kota
Kinabalu, dijangka tidak memberi sebarang masalah kepada Najib.
“Tidak timbul lagi ada MP dari Sabah yang tidak puas hati. Kalau ada, hanya permohonan agar lebih banyak peruntukan pembangunan persekutuan diberikan kepada kawasan parlimen masing-masing. Itu saja,” kata seorang pemimpin Umno yang tahu mengenai perjalanan dalaman parti di sini.
Sebaliknya, katanya lagi, jika ada lagi suara sumbang kedengaran dari MP Sabah atau proksi mereka itu tidak lebih dari meminta lebih perhatian kepada “permohonan” mereka.
Begitulah suasana politik Sabah yang kini berada dalam genggaman kuat BN.
Suasana berbeza
Menurutnya suasana sedikit berbeza di Sarawak sebab sekurang-kurangnya ada dua komponen BN yang tidak puas hati kepada Najib kerana Najib tidak memberi jawatan menteri persekutuan kepada parti mereka dengan secukupnya.
Dua parti itu ialah Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Sarawak People Democratic Party (SPDP).
“Di Sarawak, atau kemudian di Kuala Lumpur, mungkin Najib akan mengumumkan pelantikan baru bagi beberapa ahli parlimen dari dua parti itu,” katanya yang mengakui faham keadaan politik negeri jiran tetapi enggan namanya disebut.
Najib yang juga presiden Umno dan pengerusi BN dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) jam 2.00 petang esok dan dijadual menemui barisan pimpinan BN Sabah sebelum majlis berbuka puasa dan majlis makan malam di hotel terkemuka tersebut.
Beliau dijangka bertolak ke Sarawak pada awal pagi Ahad untuk majlis yang serupa di Kuching

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa