Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 25, 2013

Apa-Apa Pun Lantak Kamulah Labuuu......Aku Dah Muak Dah!

Kenapa kusutkan keadaan?
Siapa yang mulakan, dialah bertanggung jawab selesaikan
Kalau terlajak kata, mohon maaf
Mudahkan....?

Kalau dah masing-masing ego....
Lantaklah....pi lah beragan kat ceruk mana-mana.....

Aku rasa selain dari Ahli masing-masing tidak ada sape yang akan peduli selepas nih!

Pemuda PAS ikrar bela Hadi
Muda Mohd. Noor| July 25, 2013
Dakwa pimpinan dan ahli tidak membela Presiden yang diserang rakan Pakatan Rakyat.
PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Gombak,  Syarhan Humaizi Halim menegaskan bahawa pergerakan itu akan mempertahankan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari serangan rakan dalam komponen Pakatan Rakyat.
Beliau mendakwa, pimpinan dan ahli tidak membela Presiden yang diserang rakan Pakatan Rakyat.
“Saya ternanti-nanti dan menunggu respon daripada pimpinan PAS yang banyak pengalaman berlatar belakangkan perundangan dan peguam beserta lajnah dan jabatan yang berkaitan undang-undang di dalam PAS, namun setakat ini belum ada.
“Saya juga menunggu kenyataan pimpinan PAS yang selalunya lantang dalam mempertahankan Pakatan Rakyat dan menentang sebarang usaha yang menjejaskan Pakatan  untuk mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan pengumuman saman tersebut kerana ia jelas menjejaskan Pakatan dan menguntungkan Umno-BN,” katanya hari ini.
Syarhan berkata demikian dipercayai mengulas saman yang diumumkan  oleh bekas calon PKR kerusi Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin serta dua yang lain akan memfailkan saman fitnah terhadap Abdul Hadi kerana didakwa memfitnahnya.
Menurut Mohd Shamsul, tindakan saman itu akan dibuat berikutan kenyataan Abdul Hadi ketika berceramah pada kempen Pilihan Raya Umum ke-13 lalu yang mendakwa calon PKR terlibat dalam aktiviti penjualan pil kuda.
Mengulas lanjut, Syarhan berkata, tidak kira sama ada dia menarik balik atau tidak, ternyata pengumuman saman di saat-saat getir PRK memberi modal kepada Umno BN dan menjejaskan hubungan sesama PR.
Beliau menambah, jika dilihat pada isu yang dibangkitkan ternyata Abdul Hadi tidak menyebut nama mana-mana individu.
Sebaliknya dakwa beliau lagi, mengulangi prinsip yang perlu dipelihara agar ahli-ahli PAS bekerja dalam suasana yang baik juga bagi memenangkan calon yang tidak bermasalah.
`Ahli PAS yang bertungkus lumus’
“Cuba selami hati ahli-ahli PAS yang bertungkus lumus berkerja tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran akan tetapi diletakkan individu yang bermasalah.
“Di sinilah saya melihat Tuan Guru Presiden terpaksa mengambil tindakan tidak popular untuk bertegas agar keharmonian dalam melaksanakan tugas ini dapat dicapai,” katanya lagi.
Menurut Syarhan, beliau amat yakin pimpinan tertinggi PAS banyak kali mengulangi prinsip dan akhlak yang ada dalam PAS yang perlu dirai oleh rakan Pakatan dan begitulah sebaliknya.
Saya yakin pimpinan dan ahli amat memahami prinsip yang ada dalam PAS yang memungkinkan sesuatu keputusan itu di buat, kata beliau lagi.
Menurutnya, PAS ada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat yang sentiasa memantau perjalanan parti.
“Paling kurang PAS ada dua tapisan yang perlu di buat berbanding dengan organisasi lain yang hanya ada Ajk Pusatnya dan silap-silap keputusan sesuatu perkara hanya diputus oleh peribadi tertentu.
“Justeru, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Gombak menyeru agar pimpinan dan ahli agar sama-sama kita memahami bagaimana kewajipan kita memelihara prinsip parti di samping keutuhan jalinan perjuangan suci ini yang dipimpin oleh para ulama,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa