Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 1, 2015

Bontot sendiri basuh tak bersih, sibuk dengan kincit orang!

Aku bukan tak suka pendedahan yang memuaskan hati rakyat, cuma kenapa cepat sangat kepoh tentang masalah orang lain sedangkan RM2.6b belum terjawab serta 1MDB masih kelabu. 

Itu adalah tahi dari bontot sendiri yang belum dibersihkan.

Tapi untuk larikan isu belum apa-apa dah bising dengan bau kincit orang lain.
Hang ingat DEIG sahajakah yang rakyat berkepentingan.........1MDB dan RM2.6b dalam akaun Najib rakyat tiada berkepentingan?

Ini jer taraf pemikiran seorang TPM yang Najib lantik?

Azmin pun satu hal........elok-elok rakyat sedang fokos terhadap 1MDB dan RM2.6b, dia pula buat lubang melalui DEIG........nak tolong UMNO divert isu jugakah?

Dedah kelemahan DEIG demi kepentingan rakyat Selangor, kata Zahid
Published: 31 August 2015 10:09 PM | Updated: 1 September 2015 6:09 AM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Puchong di Serdang, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 31 Ogos, 2015. 

 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin Umno khususnya di Selangor mendedahkan kelemahan penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) demi kepentingan rakyat negeri berkenaan.

Naib presiden Umno itu berkata penubuhan DEIG menimbulkan keraguan pelbagai pihak, maka Umno Selangor perlu mendapatkan bukti kukuh mengenai kelemahan penubuhan DEIG yang mengambil alih peranan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dalam menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah pemerbadanan itu.

"Kita harus membuktikan bagaimana DEIG telah disalahgunakan untuk kepentingan politik kerajaan negeri Selangor.

"Dedah...jangan tidak dedah. Kita wajib mendedahkan keburukan dan kelemahan DEIG. Jangan rasa takut demi kepentingan rakyat Selangor," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Puchong di Tapak Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, hari ini.

Sebelum ini, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor termasuk bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, melahirkan kebimbangan mereka terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang akan mengambil alih peranan MBI.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, bagaimanapun berkata DEIG yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI dan ditubuhkan pada Disember lepas, adalah untuk memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata. – Bernama, 31 Ogos, 2015.

1 comment:

  1. Ini bukti tahap kualiti TPM yang tidak bijak.

    Rafizi jauh lebih ber kualiti tinggi.

    Susah nak negara dan bangsa maju jika budak bahalol di beri tugas besar TPM

    Bangsa sendiri jugak yang rugi terus miskin papa kedana

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa