Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 8, 2015

Adakah PAS juga akan bersama Pakatan 2.0?

ISNIN, 7 SEPTEMBER 2015
JANGAN PAKSA PAS BERSAMA PAKATAN 2.0

ANWAR kata elok pakatan baru terdiri dari pkr, dap, pas dan Amanah. Itu idea anwar. Tetap mahu ke arah perdamaian walau pun kita di bawah ini banyak berbeza pandangan dengan Anwar. 

Orang tanya pendapat aku. Aku kata dari segi teorinya memang betul, pembangkang yang bersatu lebih baik dari pembangkang yang berpecah. 


Tetapi, siapa Anwar mahu paksa pas atau Dap untuk berbaik? Apa hak anwar utk menentukan pas terima Amanah? 


Harus diingat, pas awal2 lagi ada sebut mereka akan menarik diri dari bekerjasama dengan pkr jika pkr terima Amanah. Pas juga takkan buat "U-turn" untuk bekerjasama dengan Dap kerana itu "bai'ah" mereka dalam muktamar.  

Soalan aku adalah: 


Bilakah pas mahu umumkan putus hubungan dengan Dap secara resmi?


Dewam Ulamak dah luluskan usul tanpa bahas, MSU juga telah beri perkenan. 


Bila mahu umumkan secara resmi bahawa Pas telah putus hubungan dengan Dap? Tangguh pengumuman? Pas mesti berani bertindak dengan keputusan yang mereka sendiri buat.

Sehingga kini, pas tidak nyatakan secara resmi Pas putus hubungan dengan pkr kerana pkr terima Amanah. 


Bukankah itu yang mereka pernah sebut? Tangguh juga? Pakatan 2.0 tidak perlu 'buang' Pas kerana sepatutnya Pas yang akan keluar sendiri dari Pakatan 2.0 atas dua sebab yang mereka sendiri janji, iaitu: 

1. Pas putus hubungan dengan Dap adalah keputusan muktamad kerana MSU telah luluskan. 


2. Pas tidak boleh bersama Amanah. 


Maka, aku berpendapat Pakatan 2.0 tetap akan diwakili oleh Pkr, dap dan Amanah. Jangan paksa Pas bersama. 


DICATAT OLEH WFAUZDIN NS DI 10:19 PG 

3 comments:

  1. ANWAR IBRAHIM hidup nya untuk Orang Lain

    PAS dan UMNO hanya lah untuk Presiden nya saja

    Anwar Ibrahim mahu memberi muka pada Orang Orang PAS yang mana Rakyat sedar yang PAS Parti Politik Tak Guna...

    Lebih baik jaga air muka orang dari membina musuh dalam Baldi.

    Teringat pulak BADAK AIR dari Padang nun.

    ReplyDelete
  2. HADI DAN KEPIMPINAN SEKARANG TAK BOLEH DIPERCAYAI. TIADA JAMINAN PAS TAK AKAN MELETAKAN CALON SEPERTI YANG BERLAKU DI DALAM PRU13 YANG LALU. PAKATAN 2.0 TIDAK BOLEH DISERTAI PARTI BERMASALAH SEPERTI PAS YANG TIDAK DITERIMA MASYARAKAT. SERTAI TIDAK BOLEH TAPI KERJASAMA PERSEFAHAMAN STRATEGIK TAHAP SEDERHANA MUNGKIN BOLEH DILAKUKAN.

    ReplyDelete
  3. Cukup lah tu Pas . Biarlah bersendiri demi maruah. Cakap kena serupa bikin .

    Jgn buat kerja U-Turn nanti dituduh munafik - kalau perwakilan dah buat keputusan , pemimpin kena akur .

    Kalau nak bersama umno teruskan jgn tangguh tangguh nanti tertinggal kapal pula.

    PAS / UMNO pasangan paling sesuai dlm politik terkini Malaysia.Lagi cepat dua parti ini berganding lagi baik agar rakyat tidak bertanya-tanya demi masa depan politik malaysia.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa