Lupakah dia dalam PRN 1979 selepas Mageran, PAS hanya tinggal batu nesan (2 kerusi)?
Kuatkah PAS?
Aku tahu sebab aku pun terlibat dalam kempen dan ceramah PAS ketika itu. pembesar suara diharamkan.........maka bertempiklah dengan suara ori
Lebih ramai sokong PAS lepas ditendang DAP, kata Hadi
Published: 7 September 2015 6:07 PM
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun terdapat beberapa cawangan parti Islam itu yang ‘dicantas’, ‘tunas’ baharu yang tumbuh untuk PAS kini juga lebih banyak dan subur. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 September, 2015.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa lebih ramai yang menyokong PAS selepas ditendang DAP susulan pertelagahan membabitkan isu hudud meskipun parti itu hanya memenangi Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lalu.
Presiden PAS itu berkata, walaupun terdapat beberapa cawangan parti Islam itu yang "dicantas", "tunas" baharu yang tumbuh untuk parti Islam itu kini juga lebih banyak dan subur.
"Kini PAS ditendang keluar oleh DAP yang merasa cukup kuat kerana memerintah hanya Pulau Pinang, namun sokongan kepada PAS lebih meningkat, walaupun beberapa ranting PAS kononnya berjaya dicantas, tetapi tunas yang tumbuh daripadanya lebih banyak dan lebih subur," kata ahli Parlimen Marang itu dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, beberapa pihak turut menuduh PAS ditipu Umno dalam isu hudud, namun Hadi mendakwa, gesaan untuk melaksanakan undang-undang Islam di negara ini turut dilakukan oleh mereka yang berada dalam pentadbiran kerajaan.
"Ada lagi yang menuduh PAS ditipu Umno dalam isu hudud, mereka memahami hudud itu berjaya apabila dilihat sudah ada tangan yang dipotong sekarang ini, tanpa menyedari betapa desakan melaksanakannya sudah masuk ke dalam jentera kerajaan dan ke dalam kalangan Umno sendiri.
"Tidak lagi suara menghina dan mengejek seperti dahulu, kecuali kalangan yang sudah habis tempuh suaranya, laksana ubat yang sudah tamat tempuhnya," katanya.
"Inilah hikmah apabila istiqamah dengan Allah SWT secara ilmu yang memandu kebijaksanaan, dan mengatur strategi yang boleh berubah di atas dasar dan matlamat Islam yang haram diubah."
Hadi turut berkata, sejarah perpisahan PAS bersama barisan pembangkang juga menjadi pengajaran untuk parti Islam itu tidak mengulangi tindakan yang sama.
"Kebiasaannya senario dahulu tidak berulang, hanya menjadi pengajaran untuk mengatur langkah meneruskan perjuangan.
"PAS pernah ditendang keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada tahun 1978 apabila dirasakan mereka kuat dan PAS sangat lemah dengan kejatuhan Kelantan.
"Namun, kebangkitan PAS selepasnya lebih kuat dan teguh. Kelantan di ambil semula dengan lebih kuat dan panjang umurnya," katanya.
Beliau turut menyeru agar ahli PAS bersama-sama dengan perjuangan mereka dan tidak menuruti tindakan beberapa pemimpin dan ahli mereka yang meninggalkan parti Islam itu dan menyertai Parti Amanah Negara.
Parti yang dikenali sebagai Amanah itu kini dipengerusikan oleh bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu selepas tewas dalam pemilihan parti itu.
Turut serta bersama beliau adalah pemimpin-pemimpin dari kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan PAS yang didomonasi kumpulan konservatif daripada golongan ulama.
"Jatikan diri jamaah ini ketika belum menang, kita adalah mulia bersama Islam di masa lemah dan kuat.
"Maka, perjuangan ini tidak layak bagi mereka yang tidak berani mebuka mulut bercakap Islam, lebih tidak layak kepada yang menagih kasihan pihak lain sehingga melupai pertolongan Allah kepada hamba-hambannya yang beriman dengan ikhlas," katanya.
Hadi berkata, perjuangan bersama PAS juga tidak layak untuk individu yang gopoh dan tidak istiqamah serta malu dalam perjuangan mereka.
"Perjuangan ini tidak layak bagi orang yang gopoh untuk menang sehingga tidak Istiqamah di atas aqidah perjuangan, tidak berpijak lagi di atas dasarnya dan sanggup membuang tanda hala tuju perjalanan menegakkan Islam kerana merasa malu dan hina bersama Islam.
"Semuanya disingkir atau tersingkir hanyut, masuk ke dalam perangkap sampah perjuangan, yang menyekat aliran perjalanan dan kemaraan perjuangan Islam yang sebenar," katanya. – 7 September, 2015 - sumber
Hadi.
ReplyDeleteBiar lah apa dia nak kata.
Orang tak ada kredibiliti cakap apa apa pon tak ada orang kesah...
Tahun depan senyap lah dia.
Kesian pada anak anak dan bini bini nya aja.
Kita pula doakan agar TGHH di panjangkan umur agar dia dapat melihat kehancuran yg di reka cipta nya....
ReplyDeleteKesian hj hadi..analisanya sangat menyimpang jauh dari realiti..sama2lah kita tunggu ape nk jd pd pas nanti..
ReplyDeleteKesian hj hadi..analisanya sangat menyimpang jauh dari realiti..sama2lah kita tunggu ape nk jd pd pas nanti..
ReplyDeleteBijak bercakap tanpa ikut rentak dan lenggok politik semasa akan memusnahkan PAS. TGHH mempunyai lankah yg sumbang dlm politik
ReplyDeleteBorang diisi adalah sehelai ke dua helai.... yang selebihnya borang kosong. Kita tahulah... kita bekas ahli cawangan yang buat kerja tu masa pru dulu.
ReplyDeleteMelihat gelagat Hadi teringat saya kepada satu pemimpin Iraq bernama Ali
ReplyDelete( kalau tak salah ),dia ini orang kuat Sadam Hussain. Setelah Amerika serang Iraq dia akan muncul dalam kaca TV memberitahu dunia berapa banyak jet pejuang ditembak jatuh, juruterbang ditawan dan banyak kemusnahan keatas askar Amerika yang dibawa oleh askar Iraq akhirnya sejarah kita tahu apa jadi pada Iraq.
Hadi pun sama seperti morang itu juga. Cakap besar, sombong dan dengan angkuh menyatakan PAS akan tanding dikawasan DAP. Itu bukankah cakap orang bodoh. Bertanding biarlah dikawasan yang boleh menang. Bertanding dalam kawasan DAP sama seperti buang wang pertaruhan.
Tapi takpe lah sebab wang itu bukan datang dari PAS. Ia dari RM2.6 billion yang pak ARAB derma kepada Najib untuk bunuh DAP. hahahaha.
Inilah jadi kepada manusia yang sudah berkawan dengan syaitan yang dikenali.
Harap Hadi kotakan janji dia. Boleh BaiƔh, kalau tak buat kena letak jawatan Presiden dan ahli Parlimen, jangan cerai bini, itu kerja bodoh.
banyaknya pak nujum !............. ni mesti belajar dpd ayah pin !
ReplyDeleteTanda-tanda orang munafik itu ada tiga. jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia ingkar, dan jika dipercaya ia berkhianat. (HR Bukhari)
ReplyDeleteSifat-Sifat/Ciri ciri Munafik Manusia :
Apabila berkata maka dia akan berkata bohong / dusta.
Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan mengingkari janjinya.
Bila diberi kepercayaan / amanat maka dia akan mengkhianatinya
DAPdah dapat kuda tunggangannya iaitu GHB & PKR. Mcam MCA&MIC UMNO jadi kuda tunggangannya.
ReplyDeletemountdweller x payah jd munafiqla
ReplyDeleteAnon 10:37 PM
ReplyDeleteSayangnya ko tak tahu apa itu munafiq. Itu sebabnya ko jadi wala'un melulu!
Cuba cakap aku yang munafiq atau ketua kamu?
anon 10:37
ReplyDeletekau dh dijangkiti penyakit taksub khawarij dlm pas
semua org yg tk sependapat dan menolak hadi dan UG akan dicop munafik
munafik tu ialah org yg luarannya nampak sangt islam, ckpnya nk berjuang islam, tp bila peluang bentang hudud... dia main2kan... ooopss... ini sekadar contoh je.
sifat munafik berbeza dgn org munafik... jgn samakan
lepas gelar org munafik, maka guna pula fatwa si taliban... halal darahnya. walaupun dia tk sebut golongan progresif tp dlm konteks sekarang seolah2 dituju kpd mereka.
suka melabel sesama islam adalah sifat khawarij... yg disebut Nabi saw sebagai anjing2 neraka. islamnya kelihatan lebih dpd org lain tp suka mengkafir memunafikkan sesama muslim