Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 2, 2015

Dalam PAS hanya Tuan Ibrahim bersuara, yang lain bisu?

Yang lain menjadi kelu kerana terlalu dok fokus kepada GHB/PAN kot?

Sekarang bukan masa untuk Najib berdolak dalih
Posted on Monday, August 31 @ 09:34:55 MYT by paklang
Oleh AZIZ MUDA


KUALA LUMPUR: Sekarang bukan masa untuk Najib berdolak-dalih, sebaliknya masa untuk Perdana Menteri mengambil tanggungjawab bagi membetulkan ekonomi negara yang semakin tenat sehingga nilai Ringgit Malaysia menjunam teruk.

Namun, memandangkan Najib suka menyibukkan diri dengan teori konspirasi menggulingkannya oleh suatu bayang-bayang misteri yang dicipta Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, PAS mencadangkan agar beliau melepaskan jawatan Menteri Kewangan kepada Tengku Razaleigh Hamzah untuk menguruskan ekonomi.

Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan itu, Najib boleh fokus terhadap misi menyelamatkan karier politiknya di dalam Umno tanpa memangsakan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.


Menurut beliau, 24 Ogos lalu, Najib berkata, kerajaan tidak harus dipersalahkan sepenuhnya apabila rakyat menyaksikan bagaimana nilai Ringgit menjunam 9 sen ke RM4.243 berbanding 1USD dalam masa sehari.

Masalahnya, kata Tuan Ibrahim, nilai Ringgit bukan sahaja jatuh berhadapan dengan matawang USD, malah jatuh berbanding nilai matawang negara jiran.

“Sejak satu tahun sejak Ogos 2014: Ringgit menjunam dari RM2.52 ke RM2.99 berbanding 1 Dolar Brunei, merosot 48 sen dari 2.52 ke RM3 berbanding 1 Dolar Singapura, hilang nilai terhadap Thai Bhat daripada THB10.11 kepada THB8.53 dan susut daripada 13.86 kepada 11.01 Peso Filipina berbanding RM1,” katanya

Menurut Tuan Ibrahim, jika kejatuhan nilai Ringgit terhadap 1USD adalah akibat faktor luaran yang tidak mampu dikawal, apakah alasan Najib terhadap kemerosotan nilai Ringgit berbanding dengan negara jiran.

“Kalau ini bukan salah kerajaan BN, salah siapa lagi?” tanya beliau.

Tuan Ibrahim menegaskan, walaupun ada faktor luaran yang menyebabkan kejatuhan Ringgit, namun Najib tidak menafikan kegagalan pentadbiran beliau selama ini untuk mewujudkan keyakinan pelabur dan suasana ekonomi merupakan punca utama Ringgit jatuh lebih parah berbanding nilai mata wang lain.

“Barangkali Najib terlupa, beliau sudah masuk tahun ke-6 mentadbir Malaysia sejak 3 April 2009. Prestasinya boleh dinilai Sekarang bukan masa untuk Najib berdolak dalih Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri oleh Najib.

“Lihatlah bagaimana Ringgit menjunam, Bursa kemerahan, hutang bertimbun dan dipercayai sudah melepasi 55 peratus GDP jika ditambah hutang 1MDB, keruntuhan nilai saham FGV dan berkurangan simpanan negara secara drastik yang menyebabkan negara semakin hari semakin jauh daripada citacita Wawasan 2020 yang ingin dicapainya,” ujar beliau.

5 comments:

  1. Siapa pakar ekonomi di belakang TITM ni.... Din Ayam?

    ReplyDelete
  2. Tolonglah jgn hangatkan nama pemimpin pas

    Pas skrg bukan lagi pembangkang..

    ReplyDelete
  3. Baru sorang dari PAS yg sedar rupa2nya kumpulan2 serban besar sahaja tak dapat membangunkan negara. Nape tak cadangkan org PAS jadi menteri kewangan? Boleh pakai siku ngan lutut tak?

    ReplyDelete
  4. buang masa sj titm berkokok. tuang presideng dah kamceng dgn najib, apa najib buat pun tak salah! boleh overrule titm bila2 masa

    ReplyDelete
  5. Yang lain bukan bisu tapi tak mahu mencemar udara dan persekitaran. Bukak mulut je yang keluar mesti busuk. Macam longkang!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa