8 SEPTEMBER 2015
XIFU NASER
APAKAH tujuan fatwa? Persoalan Syeikh Nurudin Lemu berusaha membuka mata kita bahawa terdapat dua jenis ulama: ulama teks dan ulama konteks.
Ulama teks ialah ulama yang hanya mengikut teks bulat-bulat tanpa memikirkan sama ada fatwa yang diberinya itu membawa lebih manfaat atau mudarat.
“Ustaz, mengapa wajib bayar zakat dengan menggunakan makanan asasi iaitu beras, bukan tunai?”
“Kerana kita mengikut Mazhab Shafie!” kata ustaz. Jika inilah jawapan yang diberi, ustaz ini ialah ulama teks. Dia tidak memikirkan tentang konteks masyarakat yang sudah berubah. Baginya, mazhab adalah agama yang haram dipersoalkan.
Bayangkan ulama konteks mempersoalkan ustaz ini. Kalau mengikut Mazhab Shafie menambah masalah lagi, adakah kita masih mengikut Mazhab Shafie dalam konteks ini?
Bagi ulama konteks, tujuan fatwa ialah menyelesaikan masalah atau sekurang-kurangnya mengurangkan masalah, bukan menambah masalah kepada umat dan dakwah. Islam adalah rahmat dunia. Maka, syariah mempunyai maqasid-maqasid (objektif-objektif) yang wajib dijaga demi maslahat manusia.
Taksub kepada mazhab sehingga mengabaikan maqasid-maqasid syariah akan membawa fitnah kepada Islam. Maka, menjaga agama adalah maqasid yang paling utama sekali.
Fatwa yang dikeluarkan mestilah tidak menjadi landasan fitnah kepada maruah agama sebagai rahmah lil-‘aalamiin, bukan mengikut Mazhab Shafie bulat-bulat.
“Mengapa baiah talak tiga itu sah, jatuh talak tiga?” Kalau soalan ini ditujukan kepada Pas pada 2009, gambaran yang pertama diberi oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali ialah, “Saya juga telah menghubungi beberapa wakil rakyat Pas di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Mereka juga memberitahu tidak pernah melakukannya. Saya sendiri terkejut dan tidak tahu mengenai kewujudan baiah itu sebelum ini.”
Ini adalah respons Mustafa setelah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengarahkan siasatan dijalankan berhubung dakwaan wujudnya amalan baiah talak tiga seperti ini pada 2009.
Jika soalan yang sama ditanya pada tahun ini, 2015, respons Pas jelas berbeza dan jauh lebih tegas dan jelas. Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata bahawa baiah talak tiga sudah diamalkan di Kelantan sejak 2004. Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh begitu tegas mengiyakan kewujudan baiah ini dengan berkata, “Kalau dia (calon pilihan raya) tidak hendak dengan baiah ini, jangan bertanding atas tiket Pas.”
Di sini kita lihat perbezaan yang ketara antara respons ulama Pas pada 2009 dan pada 2015. Mengapa berbeza?
Pada 2009 sebelum berpecah, ulama Pas lebih condong untuk memberi gambaran bahawa Pas menganggap baiah talak tiga adalah satu keaiban. Kalau tidak aib, mengapa merahsiakan?
Pada tahun ini, 2015, ancaman Parti Pekerja Malaysia terhadap Pas terlalu dirasai. Timbul persoalan: adakah Pas benar-benar memperjuangkan Islam atau ketuanan ulama?
Ulama konteks akan tanya, “Apa tujuan baiah talak tiga ini? Untuk mengikat pada parti atau perjuangan Islam? Pas adalah satu entiti parti, bukan agama. Budaya chai akan merosakkan Pas.
Ulama-ulama Pas begitu menegaskan sahnya talak tiga secara teks tetapi mereka tidak jawab persoalan konteks: Kalau seorang wakil rakyat yakin tanpa sebarang keraguan bahawa Pas sebagai parti politik tidak lagi memperjuangkan Islam seperti dahulu, adakah wakil rakyat ini haram keluar dari parti Pas? Dan jika keluar, akan tertalak tiga, atau dilaknat ALLAH SWT?
Kalau ya, maka Pas memang bukan lagi sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebagai agenda paling utama. Bagaimana ulama Pas boleh menegaskan kewajiban ahlinya untuk terus kekal bersama sebuah parti yang sudah tidak memperjuangkan Islam?
Sama ada terjatuhnya talak tiga atau tidak, saya setuju dengan kenyataan Dr Zaharuddin Abd Rahman, Presiden Murshid bahawa “baiah tercerai isteri dengan talak tiga itu masih boleh bergantung kepada niat calon Pas yang menyebut dan teks yang dibacakan.”
Ulama perlu tanya ahli Pas apakah niat baiahnya. Walaupun teks menyebut baiah kepada parti, adakah dia berniat bahawa dia hanya akan setia pada parti selagi parti setia pada perjuangan Islam yang sebenar. Jikalau satu hari timbul keyakinan bahawa partinya tidak lagi memperjuangkan Islam, maka kesetiaan ini tidak lagi wajib kerana dia tidak memberhalakan parti seolah-olah parti itu maksum, seolah-olah Pas adalah Islam dan Islam adalah Pas.
“Pihak hakim syarie mestilah tidak terlalu literal,” Dr Zaharuddin menegaskan, “lalu menjatuhkan keputusan jatuhnya talak tiga tanpa mendalami dan mengambil kira suasana dan keadaan di mana baiah dan lafaz taklik dibuat, maqsad lafaz taklik, keadaan pelafaz dan sebagainya.”
Bagi saya, janganlah seorang ulama yang berhikmah terperangkap dengan strategi politik satu parti untuk mengekalkan kuasanya.
Dalam YouTube, “Wakil Rakyat Keluar Pas, Jatuh Talak Tiga – Hadi Awang”, Presiden Pas berkata, sambil tergelak-gelak bahawa “Kalau dia keluar parti, jatuh talak, pejabat agama akan datang tangkap kerana duduk dengan isteri yang sudah ditalak. Ini kadi kata, bukan saya kata. Jadi, kalau kita pecatnya bermakna tak ada apalah. Ini dia, mengapa kita tak pecat.”
Talak adalah dibenci. Mengapa Haji Hadi berbicara tentang talak tiga secara gelak ketawa seolah-olah sedang berbicara tentang kahwin lagi?
Di sini jelas, talak tiga adalah dirancang untuk kepentingan parti politik. Presiden Pas membuat strategi pelan untuk memastikan talak tiga terjatuh jika keluar Pas. Strateginya ialah Pas tidak memecat wakil rakyatnya yang berniat untuk keluar dari Pas. Pas mempunyai pilihan untuk pecat dulu untuk selamatkan keluarga tetapi Pas tidak memilih alternatif ini. Bahkan menyalahkan suami mangsa!
Walaupun talak dibenci oleh Nabi Muhammad SAW, apatah lagi talak tiga, yang utama bagi Pas ialah survival partinya. Matlamat menghalalkan cara walaupun cara itu dibenci oleh agama.
Saya tidak hairan kalau satu hari, samseng ah long pun akan menggunakan janji talak tiga ke atas mereka yang terdesak kewangan.
Bahkan saya tidak hairan kalau anak-anak keluarga mangsa akan memijak-mijak gambar Presiden Pas! Merancang talak tiga adalah lebih mudarat daripada memijak-mijak gambar Haji Hadi!
Mengesahkan baiah talak tiga akan menambah masalah lagi bagi umat dan dakwah secara keseluruhan tetapi akan menguntungkan sebuah parti politik.
Islam mewajibkan bersifat ihsan bila sembelih ayam. Kita dilarang menayangkan pisau depan mata ayam. Adakah kita bersifat ihsan dalam isu baiah talak tiga ini dalam 'menyembelih' ahli-ahli parti?
Institusi keluarga adalah tonggak jemaah Islam. Seorang anak wajib meminta izin kedua ibu bapanya untuk keluar berjihad. Adakah baiah talak tiga menghormati institusi kekeluargaan?
*Abdul Naser Tun Rahman Ketua Biro Pendidikan, Persatuan Cina Muslim
Satu kaedah lagi.... cerai isteri talak satu sehingga habis edah. Selepas tempoh edah isteri, suami boleh keluar PAS, kemudian akad nikah semula. Hadi bolehlah dijemput ke majlis walimatulurus itu jadi kadi akad nikah tu.
ReplyDeleteBaeekkk punya cadangan!!! Most practical and hassle-free baiah problem solving method!
DeleteBaiah lg tuan bloq.isu baik punya kan tp laku sampai bila ni.semoga nanti dpt idea baru tak cunn punya.jgn marah ha tuan bloq nanti kena jual.tikam tikam mari kita tenggok siapa yg kena.
ReplyDeleteIsteri diperjudikan demi kedudukan dlm politik. Agama apa ni???
ReplyDeleteSatu pencerahan yang amat terkesan lagi diterima oleh akal yang sihat. Tapi walau macamanapun hujah dan dalil2 yang dikemukakan, bagi Hj Hadi kesemua itu tidak terpakai malah batal SEKIRANYA ia bertentangan dengan keinginan serta nafsunya. Itu lah sebenarnya masalah sebenar PAS atau yang lebih tepat masalah pimpinan Baru PAS yang wala' totok kepada HJ Hadi.
ReplyDeleteHj Hadi merasakan kedudukannya sebagai ulamak (dan Presideng), membolehkan ia melaksanakan apa jua tindakan tanpa memerlukan hujah dan dalil/alasan yang boleh meyakinkan ahli2 parti. Bagi dia, sebagai Presiden dia mempunyai kuasa berbuat apa sahaja malah sehingga boleh melanggar perjanjian dan persepakatan yang telah dimaterikan sebagai rakan dalam PR. Dan apabila pihak2 yang dia gelarkan sebagai progresif berupaya menyekat tindak-tanduknya dengan menyediakan hujah2 dan dalil2 yang kukuh, egonya memberontak dan tanpa mengemukakan hujah ttg kebenaran tindakannya, dia merencanakan pembuangan dan pembersihan puak2 yang telah menghalang segala keimginannya walaupun keinginannya itu sendiri amatlah salah dan rosak dari segi moral mahupun hukum agama.
Maka, dengan itu kita dapat melihat wujudnya pekara2 bida'ah serta fitnah2 dan tindakan yang membelakangkan kesyumulan Islam didalam parti yang mendabik dada sebagai parti Islam. Chai, Bai'ah talak tiga, fitnah, cacian (label) serta herdikan takfiri serta pengusiran secara hina ahli2 (dan sebahagian pimpinan yang tak disukai) kemudian menghukum mereka sebagai sesat kerana keluar dari parti merupakan sesuatu yang langsung tidak bersesuaian dengan parti yang berlandaskan islam. Seolah2 PAS sudah berubah sebagai Parti yang berpegang kepada Islam ajaran Tuan Presideng mereka dan tidak lagi berpegang kepada Islam yang diyakini oleh masyarakat islam di luar Parti PAS.
Inilah dia wajah sebenar PAS dibawah bimbingan Hj Hadi dan mengharapkan mereka2 ini akan menjadi pembela dan pejuang rakyat adalah satu kesilapan yang besar kerana PAS dibawah Hj Hadi dan juak2nya hanya mementingkan diri mereka sendiri dan jika kepentingan rakyat selari dengan kepentingan mereka barulah mungkin mereka akan turun padang dan duduk bersama2 dengan rakyat. Ini jelas dapat dilihat pada BERSIH 4. Tiada alasan mahupun kelentong yang dapat menyembunyikan fakta bahawa PAS bukan lagi untuk semua bahkan PAS bukan lagi untuk Islam. PAS sebenarnya hanyalah untuk Hj Hadi dan kroni2nya sahaja.
Nick.
Cape Tiger.
Nafsu anda bagaimana pulak nick hujah berjela jela.pokok nya satu saja tolak hudud dgn pelbagai alasan bijak pandai boleh pakai ke.
DeleteUlamak ker, ularmak ker, pukimak ker....kalau kedudukan, pangkat, jawatan, dan pendapatan mereka terancan serta terjejas, mereka juga akan sawan malah boleh sampai tahap gila babi. Dalam beberapa kes di Zimbabwe, keadaan seperti itu berpunca daripada wayar otak putus 7 helai.
ReplyDeleteMungkin dia pun sama.
Jalan senang dan mudah ada didepan mata seolah-olah mereka tidak yakin dengan jalan itu kerana keyakinan mereka hanya pada wang, kuasa dan jawatan. Jalan yang akan membuatkan mereka dipandang hebat, berprinsip dan disanjung. Tapi mereka tak nak semua itu mereka sayangkan wang, kuasa, jawatan dan dalam masa yang sama mereka juga tak nak kehilangan isteri tercinta. Bai'ah tidak salah yang salah ianya mereka yang berbaiah.
ReplyDeleteAnon 2:01, tunjukkan bukti dan dalil bahawa saya dan geng2 yang digelar progresif tolak hudud! Setakat melontar tuduhan tanpa bukti mahupun dalil, Najib dan orang2 UMNO dah buat beribu kali kepada pihak pembangkang. Adakah Rang Undang2 atau private bill yang cuba dibawa oleh Hj Hadi untuk dibentangkan itu kamu julang sebagai "HUDUD"? Penambahan denda dan rotan kepada undang2 yang sedia ada kamu katakan sebagai Hudud? Berhentilah membuat fitnah. RUU yang dibawa oleh PAS kelantan dan HJ Hadi BUKANlah hudud.
ReplyDeleteDan cubaan/strategi menggunakan private bill itu untuk menghentam dan menghukum pihak2 yang berhujah bahawa membentangkan RUU itu dengan "berharapkan UMNO tidak kencingkan PAS pada sekelian kalinya" adalah "TOLOL" mengikut kata2 yang selalu digunkakan oleh tuang presideng kamu. HUDUD hukumnya terperinci didalam Quran dan di dalam Hadis dan RUU yg Hadi gunakan untuk membangkitkan kekecewaan DAP dan mengumpan puak2 progresif menolaknya bagi mendapatkan hujah untuk memfitnah mereka sebagai "penolak hudud" adalah kerja2 khianat.
Perkara ini amat jelas bagi orang2 islam/melayu yang berada di luar PAS dan kami mengeleng kepala melihat ramai ahli2 PAS yang selalu mendapat tarbiah, mengikuti kuliah dan usrah tak dapat membuat pinilaian yang wajar hanya kerana kamu merasakan adalah lebih penting taat "UlamaK" daripada membuat kritikan dan analisa ilimiah. kami lihat kamu terlampau meneropong kepada "batang tubuh" Haji Hadi dan tidak dapat melihat sepenuhnya kelakuan, kata2 dan tindak-tanduknya. Kamu wahai ahli2 PAS terlalu memuja Hj Hadi sehingga kamu lupa untuk berfikir secara objektif. Itu lah masaalah kamu wahai pendewa2 Hj Hadi dan kelemahan itu lah yang digunakan Hj Hadi untuk menyempitkan fikiran kamu dan agama kamu!
Nick.
Cape Tiger.
Salam smua..
ReplyDeleteNick..ana bsama anta..Islam untuk smua,bkan untuk bani melayu sahaja..Allah kurnia akal untuk bfikir..jd bfikirlah..bkannya taat mmbuta tuli..taat yg mutlak hnyalah kpada Allah dn Rasul..
Parti cangkul akan menolak hudud dalam parlimen nanti kata presiden, parti cangkul akan berbincang dulu dengan rakan iaitu parti roket kalau roket kata tak perlu maka cangkul akan gali tanah buat lubang tanam saja hudud. Presiden parti cangkul ada amanah yang perlu dipikul terhadap parti roket, bukan amanah terhadap Allah swt sebagai pemimpin. Presiden parti cangkul berkeyakinan bahawa ramai orang Islam dan bukan Islam tidak terima hudud, bukan tanggungjawab pemimpin terhadap Allah swt sebaliknya penerimaan masyarakat terhadap hudud, ramai jugak orang Islam bahkan bukan Islam tidak mahu kepada rukun Islam yang lain, mungkin Presiden parti cangkul sedang berusaha mengukuhkan iman geng-geng dan pengikut cangkul yang dipacu oleh roket. Kepada sesiapa yang nak kepada perjuangan Islam sebenar iaitu Islam progresif pilihlah PARTI CANGKUL, secondary kepada PARTI ROKET.
ReplyDeleteTak habih2..hudud..dap..cina..PAs..parti isle.....sokong...tolak hudud...geng..hudud lagi..lagu tu lah bila presideng bermulut cirit...ampa je islam...habih pentaksup PAs terkena cirikan ulama PAs...sokong membawa rebah!
Delete