Muhafandi Muhamad, Astro Awani | September 02, 2015 17:56 MYT
KOTA BHARU: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli diminta merujuk ke Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan dalam isu bai'ah talak tiga yang dilafazkan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob.
Jelasnya, lafaz taklik yang dibuat Dr. Hatta itu terpakai sekali gus menganggap hubungan beliau dengan isterinya terbatal.
"Sudah jelas dalam lafaz bai'ah dan taklik sebelum ini mengatakan mana-mana pemimpin PAS Kelantan yang keluar parti dan menyertai parti lain, lafaz berkenaan akan terpakai secara automatik.
"Setiausaha Agung akan hantar surat kepada beliau yang dilampirkan bersama bai'ah yang diucap, menyatakan bahawa taklik yang telah disebut itu dengan sendiri terpakai dan kena daftar dengan Mahkamah Syariah," katanya selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di sini hari ini.
Katanya, Dr Hatta perlu merujuk cerainya dengan Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan dan jika masih bersama dengan isterinya, ia dianggap salah dan sekaligus memberikan implikasi negatif.
PAS Kelantan menyerahkan kepada budi bicara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan untuk pertimbangan sewajarnya.
Ahmad pada masa sama turut menjelaskan, penubuhan parti baru itu tidak menjejaskan PAS sebaliknya menjadi seteru sekiranya parti itu bertanding di kerusi yang ditandingi atau diwakili oleh PAS.
Mengulas lanjut, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sehingga kini tidak boleh dianggarkan jumlah ahli PAS yang menyertai Amanah.
Beliau menyatakan pendirian, PAS Kelantan berpegang kepada kenyataan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhamad yang menegaskan bai'ah yang disertakan dengan taklik menceraikan isteri dengan talak tiga itu, sah dan terpakai.
"Kita berpegang kepada pandangan Ketua Hakim Syarie yang nyatakan lafaz taklik itu berjalan apabila mereka keluar dan Ketua Hakim Syarie telah buat kenyataan supaya mereka terlibat itu mendaftar penceraian mereka di Mahkamah Syariah," katanya.
Dalam pada itu, Daud ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, permohonan pengesahan status Dr. Hatta boleh dibuat sama ada oleh beliau sendiri atau ahli keluarganya.
"Itu dia terserah kepada dia sendiri bagaimana kedudukan dia dengan isteri dia macam mana,"
Hatta sebelum ini diumumkan sebagai antara ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) yang akan ditubuhkan 16 September ini.
Semalam Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata keanggotaan 22 ahli PAS yang mengisytiharkan diri mereka menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) selepas diambil alih oleh Gerakan Harapan Baharu (HB) gugur secara automatik.
Ini pula jawapan Dr. Hatta:
Tak betul jatuh talak tiga, kata Hatta
Zulaikha Zulkifli
Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli menafikan dakwaan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob bahawa beliau kini secara automatik bercerai talak tiga dengan isterinya.
New Straits Times hari ini melaporkan, Ahmad mendakwa Hatta dengan sendirinya bercerai talak tiga dengan isterinya kerana meninggalkan PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).
Ahmad dilaporkan berkata, ia berikutan bai'ah yang pernah dilakukan wakil rakyat PAS sebelum ini.
"Tak betul semua tu (cerai talak tiga)", kata Hatta ketika dihubungi Malaysiakini.
Sehubungan itu, dengan nada sinis, Hatta mengucapkan 'terima kasih' kepada pesuruhjaya PAS Kelantan itu kerana mengaturkan hidup beliau.
"Terima kasih dekat dia (Ahmad) kerana mengaturkan hidup saya. Tak ada apa pun.
"Biarlah. Dia tak ada urusan dengan keluarga saya," kata Hatta yang juga bekas pengarah pilihan raya PAS itu.
Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai bai'ah yang pernah dilakukan sebelum ini, Hatta enggan mengulas lanjut dan hanya berkata:
"Dah banyak penulisan orang mengenai perkara itu (bai'ah). Biarlah, saya tak nak komen apa-apa," ujarnya.
Sumpah bai'ah dilakukan oleh setiap wakil rakyat PAS yang bertujuan untuk menghalang mereka dairpada melompat parti.
Dipercayai PAS setiap negeri mempunyai sumpah bai'ah masing-masing dan yang paling kontroversi adalah di Kelantan dan Terengganu yang memasukkan klausa perceraian.
Malah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah dilaporkan berkata, wakil rakyat parti itu yang gagal mematuhi sumpah bai'ah perlu bersedia menerima laknat oleh Allah dan Rasulullah SAW.
Hadi dilaporkan berkata, lafaz sumpah taat setia kepada parti terkandung dalam bai'ah yang ditandatangani sebelum bersetuju menjadi calon atas tiket PAS dalam pilihan raya umum lalu, sama ada menang atau kalah.
Isu sumpah bai'ah ini timbul ekoran beberapa wakil rakyat PAS yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini, telah membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB) dan kemudiannya menubuhkan parti baru, AMANAH.
# Nampaknya mereka berdua mendahului Mahkamah Syariah Kelantan dengan menjadi Hakimnya.
Kerja hakiki menjaga negeri dan kesejahteraan rakyat tidak sepedulinya. Mangsa banjir masih lagi berpiknik di dalam khemah........bantuan sewajarnya entah bila
Balak Kelantan dicuri tanpa dipedulikan........cer baca surat Husam di sini
# Nampaknya mereka berdua mendahului Mahkamah Syariah Kelantan dengan menjadi Hakimnya.
Kerja hakiki menjaga negeri dan kesejahteraan rakyat tidak sepedulinya. Mangsa banjir masih lagi berpiknik di dalam khemah........bantuan sewajarnya entah bila
Balak Kelantan dicuri tanpa dipedulikan........cer baca surat Husam di sini
Bahalol
ReplyDeleteRakyat Kelantan bayar CUKAI tuk bayar Gaji Elaun Kereta Minyak Drebar Rumah pada MB dan TMB tuk sibuk sibuk buat kerja tak ada nilai ekonomi ke??????
Kasihan pada mangsa banjir masih tinggal dalam reban reban...
Kalau di jual kelapa kelapa dengan industri kelapa dan minyak kelapa dapat jugak jana ekonomi tuk Rakyat Kelantan.
Kepala Otak!!!!!!!
Bodoh. Nak jadi Orang pon tak tahu....
Abe
ReplyDeleteYoya yoya vellfire sebutir yoya yoya e class sebutir yoya yoya range rover sebutir.
Balak Ulu Sat tu lagu mano cerita?banglo banglo lagu mano cerita?
Dok sibuk dengan rumahtangga orang...jagalah kain sendiri boh.
Jika YB Dr.Hatta tidak melaporkan adakah kes beliau boleh dikeluarkan waran tangkap dan inikah saja kerja buat MB dan TMB kelantan hanya mempertikaikan kedudukkan ADUN dan MP yang telah berkerat rotan dengan PAS makanya pemimpin PAS yang terlalu gusar dengan kehilangan sokongan telah mula mencari sebab musabab bagi membolehkan YB-YB dari PAS melepaskan kerusi mereka ,apakah bodohnya sebuah parti yang berpegang dengan agama tapi mengunakan agama untuk menjatuhkan martabat bangsa sendiri.
ReplyDeleteSiapa yg gatai tangan pi fail urusan petkahwinan Dr Hatta kat mahkamah syariah kelantan? Ada ke nahkamah keluar waran tangkap?
DeleteJahat betul kamu pejuang PAS ya? Dalam usrah dan liqa fikri kamu ditarbiah buat fitnah ke? Parti Islam apa puak kamu ni?
lain kali tengok elok elok sebelum dnak besumpah
ReplyDeletejangan kita asyik nak salahkan orang saja
kadang kadang kita pun jahil jugak bab ugama dalam soal nikah cerai ni
idup kena banyak mengaji kalau tidak lebih baik jadi gergaji
jangan kejar dunia sampai lupa akhirat
orang islam tak sama dengan orang yang kapir
tapi kalau idup nak macam orang kapir apa boleh buat
asik ceramah smapai lupa nak ngaji
Nabi Musa pun dperintahkan Allah ngaji lagi dengan Nabi Khodir
kita sapa tak mau ngaji
knp busuk sgt hati geng ostad ni? isu rumahtangga org lain pun dia nak masuk campur? apa hak mangkuk2 ni nak hukum org lain?
ReplyDeletesi amang tu pegi la basuh rover tu. lg baik dr sibuk dgn rumahtangga org. krn ko gila kuasa, kerajaan negeri kena bayar rm200k.
si ahamd pula pegi keluarkan lg lesen balak byk2. nanti bila org tanya bole tipu lg.
surat YB Husam pun tak jawab lgi.
itulah pas.....banyak berpolitik drp menyelesaikan masalah rakyat.....sama mcm umno..
ReplyDeleteitulah pas.....banyak berpolitik drp menyelesaikan masalah rakyat.....sama mcm umno..
ReplyDeleteMereka tu cerita yg benar sj gamaknya jgn melanggar janji.jika tercerai isterikan susah.janji mesti ditepati cuma dlm hal ini sudah punya pemikiran yg lain.diterima pakai atau tak itu kena rujuk org arif ttg agama la bkn boleh pandai otak bodoh kita sj.mcm kata hatta juga la terpulang dia la nak buat apa.dosa dia yg tanggung.org org yg tahu pula kalau tak diberitahu bolehjadi akan tanggung dosa sama.
ReplyDeleteParti tok lebai.........hari2 nak menghukum orang, lebih daripada hukum allah dan rasulnya.........mat yakop, mat amar dan hadi awang, elok lah anta semua mengucap balik.....jangan jadi macam azazil takbur sampai kiamat!
ReplyDeleteSiapa yang khianati PAS sebenarnya. Bukankah UG dengan UMNGOK sabotaj PAS.dan ugut perangkap dengan Baiah. BAIAH tu dibuat pada konteks yang berbeza.
ReplyDeleteUG yang keluar dari perjuangan Islam kerna nak join UMNGOK, lepas tu nak perbodohkan GHB.
SUDAH LE, TIPU ORANG KAMPUNG BOLEH LA.
Yg ni aku setuju. Hadi Awang, Mat Yaakob dan Amat Pukimak ni dikenakan Talak Tiga.
DeleteAda 3-4 gedebe ni la yg menjadikan PAS mcm pukimak. Mmg derang menunggu2 kematian TGNA utk bertindak begini.
Islam angkat martabat wanita. PAS jadikan wanita sebagai barang pertaruhan. Hina sangatkah wanita disisi PAS. Ayuh kaum hawa fikir fikirkan. Jgn beri undi pd PAS.
ReplyDeleteIslam angkat martabat wanita. PAS jadikan wanita sebagai barang pertaruhan. Hina sangatkah wanita disisi PAS. Ayuh kaum hawa fikir fikirkan. Jgn beri undi pd PAS.
ReplyDeletePan tu pun takbur jugak belum apa apa dah nak suruh pkr tolak pas kata nak saling menolong untuk islam.mcm hebat belaka
ReplyDeleteHehehe...PAS terlebih dahulu pi jumpa PKR suruh jangan berbaik dgn GBH.....Masya Allah sampai begitu sekali kamu berbohong.Kamu ni dari parti Islam mana ni berbohong dah jadi mainan? Agaknya dalam parti Islam kamu berbohong dan tabur fitnah tu amalan paling sol3h la kot?
DeleteGeng GHB semua boleh, presidennya pun hanyut bila amoi letak kepala atas bahu, Islam progresif la katakan. Adooiii...begitulah agaknya perlakuan golongan yang memperjuangkan Islam...
ReplyDeleteAnom 10:49 pm, PAS tidak mempertaruhkan wanita, ini bukan salah PAS tapi salah mereka yang memperjudikan isteri kerana pangkat dan kuasa, kenapa semasa berbai'ah dulu mereka tidak boleh fikir akan akibatnya? Adakah mereka hanya berpura-pura dengan diri sendiri ketika berbaiah? Hanya mereka yang tahu.
ReplyDeleteCai ketika mengundi jelas konpirasai puak yang mengaku ulamak dan ianya menyeleweng. KORUP! Baiah apa lagi yang dituntut oleh puak nih? Baiah cerai bini tu sendiri tak mesra islam dan yang terbabait tu pulak orang politik.. Baiah apa lagi? Ni baru betol POYO! Kah kah kah
ReplyDeleteSuruh Dr Hatta Ramli kata gini kepada MB Yaakob Sepet tu....."aku cerai bini mung (Bini Yaakob) dengan talak tiga". apa agaknya respon Yahudi-Yahudi Lebai Melayu ni?
ReplyDeletePAS tidak mempertaruhkan wanita, ini bukan salah PAS .. Dalam PAS ramai ulamak, mengapa mereka biarkan lelaki perjudi kan isteri untuk pangkat dan jawatan??
ReplyDeleteUlamak taik kucing.
Kalau perempuan ambil gambar sikit dengan Mat Sabu, boleh pulak beri perhatian. Konon tak boleh.
Adakah Hatta buat surat untuk tinggalkan PAScai atau PAScai yang pecat Hatta kerana bersama Amanah??
Tuang presideng Pas yg kaki ponteng dgn angkuh menghalau geng2 anwarinas, jebon, barua dan mcm2 lg utk buat parti sendiri. Otomatik baiah itu terbatal dgn sendirinya.
ReplyDeleteYg patut disalahkan ialah Hadi dan ulamak2 su' dlm parti Pas.
Macamana kalau sebelum keluar PAS seseorang yang buat bai'ah membatalkan niat nya dengan menarik bai'ah tersebut ?
ReplyDeleteTak masuk akal lah buat bai'ah (lafaz taklik) dengan parti tapi yang kena cerai Isteri.
mb dan tmb ni bukan nak jaga ehwal rakyat k'tan tp lebih berat kpd urusan nak hukum org. isu balak pun tak selesai. tmb nak bergaya mcm adun2 umno. apa nak jd dgn pemimpin pas selepas pemergian tgna. pas betul2 tertekan krn tanpa pas pun Bersih 4 mencapai kejayaan cemerlang
ReplyDeletelantak lah hangpa... matlamat menghalalkan cara... aku masih ingat peristiwa di hotel perdana...lg teruk dari kena peluk dgn tek amoi depan khalayak...masa tu kena tangkap dlm bilik... tapi dulu aku percaya kata dia memang diperangkap oleh musuh politik...aku sanggup ligan dia dengaq ceramah dari kedah hingga ke perlis... masa dia uat road show seluruh malaya masa tu..tapi bila aku pikiaq balik dgn beberapa kes terkebelakang ni memang aku dah tak yakin n percaya pd kompolan mereka ni...yg paling sedih pasai dia juga sokong bendera hitam dari karbala... n kepala ghb dok kutuk n pemecah Jemaah dlm PAS...byk kawan2 aku dah mula sedaq sikit2 n dah mula u turn pelan2...
ReplyDeleteazhar nasirah 5 months ago
ReplyDeleteAku kenai mat sabu,mat sabu kenai aku tapi tak perasan lagi aku..tapi abg mat sabu,ingat tak bila aku jumpa hanh kat masjid fathuislami kat danok pada raya aidiladha yg kelima pada tahun 2013???terserlah munafiknya hang...hang ingat dak kat org o.k.u yg mintak tolong hang kat masjid fathulislami masa tu,ingat dak betapa melayunya hang bila hang cakap kat aku WHO ARE U.I DONT KNOW U...hang pilih kasih abg mat,hang jugak pelingkop pas kedah dan pendang,doktor hayati mnjalankan tugasnya sbagai yb parliment dgn baik,tapi awat hang pi situ,habis lingkop kalah dgn veteren umno...2k lebih majoriti
HANG NI BUKAN ANAI2 DALAM PAS,TAPI HANG NI BOM ATOM YG NAK PLINGKOP PAS...AKU TAKMAU CERITA HABIS APA YG JADI MASA AKU JUMPA HANG TU MAT...TAPI AKU TAK LUPA SEDETIK PUN LAYANAN DAN KATA2 HANG KAT AKU
KOMEN SEORANG NETIZEN 5 BULAN LALU
ReplyDeleteazhar nasirah 5 months ago
Aku kenai mat sabu,mat sabu kenai aku tapi tak perasan lagi aku..tapi abg mat sabu,ingat tak bila aku jumpa hanh kat masjid fathuislami kat danok pada raya aidiladha yg kelima pada tahun 2013???terserlah munafiknya hang...hang ingat dak kat org o.k.u yg mintak tolong hang kat masjid fathulisami masa tu,ingat dak betapa melayunya hang bila hang cakap kat aku WHO ARE U.I DONT KNOW U...hang pilih kasih abg mat,hang jugak pekingkop pas kedah dan pendang,doktor hayati mnjalankan tugasnya sbagai yb parliment dgn baik,tapi awat hang pi situ,habis lingkop kalah dgn veteren umno...2k lebih majoriti
"HANG NI BUKAN ANAI2 DALAM PAS,TAPI HANG NI BOM ATOM YG NAK PLINGKOP PAS...AKU TAKMAU CERITA HABIS APA YG JADI MASA AKU JUMPA HANG TU MAT...TAPI AKU TAK LUPA SEDETIK PUN LAYANAN DAN KATA2 HANG KAT AKU"
HARI NI DAH JADI KENYATAAN....MUNGKIN INI BALASAN ALLAH TERHADAP APA YG MAT SABU LAKUKAN PADA HAMBA ALLAH INI. MUNGKINKAH LPS INI MAT SABU AKAN JADI MCM BRAHIM ALI...PANGLIMA YG KECUNDANG...
Apa nak ungkit2 bro ooi. Tengok ke depan la ngok... Tak habih2 buat fitnah.. Bawa saksi la bro sebelum cakap... Tuang presideng hg pun cakap macam tu..cakap tak serupa bikin...Bila tuduh pil kuda saksi tak ada..puih punya mangkok hayun.
DeleteKedepan pas tak boleh buat baiah talak lg sbb tak hormati org perempuan knpa tak buat baiah harta biar jatuh bangkrap.
ReplyDelete12:29 AM
ReplyDeleteKomen anon bukan nak menangkan PAS.
Mengapa PAS terutama Ulamak PAScai sekarang bertahun-tahun tidak ambil tindakan ke atas Mat Sabu yang buat hal di Hotel Perdana ?
Betul, aku semakin benci dengan PAS jika perbuatan Mat Sabu tersebut di lindungi oleh Dewan Ulamak PAS ketika itu.