Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 2, 2015

DEIG: Hipokrit Umno Selangor terserlah

Sikap hipokrit Umno Selangor terserlah dalam isu DEIG 
04:30PM Sept 02 2015
oleh Alyaa Alhadjri

SEKILAS PANDANG: Walaupun selepas membuat bising dan serangan terhadap kontroversi seputar operasi Darul Ehsan Investmen Group (DEIG) milik kerajaan Selangor, Umno Selangor masih tetap tidak melantik ketua pembangkang baru mahu pun menerima pelantikan sebagai pengerusi Jatawankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) negeri.
Walhal ia akan memberi peluang kepada mereka untuk mendesak agar siasatan dibuat atau melaksanakan semak dan imbang terhadap operasi badan pelaburan negeri itu.
Adun Sungai Burong Mohd Shamsudin Lias berkata, seruan terbaru speaker DUN Hannah Yeoh agar Umno Selangor menerima jawatan itu adalah “tidak relevan” dan “bukan isu”.
“Walaupun kami (terus) menolak peranan itu, BN masih pembangkang di Selangor,” katanya ketika dihubungi Semut Harian.
Mohd Shamsudin meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang Desember tahun lalu.
Keputusan itu dibuat selepas pindaan dibuat terhadap Perintah Tetap 68(1) yang mensyaratkan ketua pembangkang turut menjadi pengerusi PAC.
“Saya ingin beritahu YB Hannah, jika mereka (kerajaan negeri) benar-benar mahu pembangkang negeri mempengerusikan PAC, mereka juga perlu melantik lebih ramai ahli di kalangan kami.
“Jika tidak mereka masih mengawal jawatankuasa itu,” katanya lagi.
Pada 1 September lalu, Yeoh menulis di twitter: “Lantik dahulu ketua pembangkang dan mula mempengerusikan PAC. Tidak perlu sandiwara di luar.”
Beliau merujuk pengumuman Adun Umno Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi bahawa beliau akan mengetuai satu siri jelajah ke 22 kawasan parlimen di Selangor untuk memberitahu orang ramai tentang isu DEIG.
Di peringkat persekutuan, BN bukan sahaja menjadi pengerusi PAC tetapi turut mendominasi jawatankuasa 13 ahli itu. Ini kerana komposisi jawatankuasa ditentukan berdasarkan kadar perwakilan parti politik dalam Dewan Rakyat.
Maka rungutan Shamsudin dalam hal ini sama ada menunjukkan kejahilannya tentang tindakan partinya sendiri di peringkat parlimen, atau serangan Umno Selangor terhadap DEIG hanyalah retorik semata dan beliau tidak mahu memikul tanggungjawab.
Pada 31 Ogos lalu, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan kepimpinan Umno Selangor yang mereka perlu lebih aktif sebagai pembangkang jika mahu mengembalikan sokongan rakyat terhadap BN dan merampas kembali negeri itu dalam pilihanraya umum (PRU) seterusnya.
Agensi berita nasional Bernama memetik naib presiden Umno itu sebagai berkata: “Tidak ada orang lain yang boleh memenangkan UMNO di Selangor melainkan ahli-ahli sendiri.
“Untuk itu, ahli UMNO perlu berfikir sebagai pembangkang, bertindak sebagai parti pembangkang bagi mengembalikan sokongan rakyat (terhadap BN),” kata Zahid ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan.
Namun Shamsuddin mengatakan bahawa kenyataan Zahid tersebut perlu dilihat sebagai peringatan kepada perwakilan Umno bahagian itu.
“Tiada isu bahawa Zahid mengkritik pemimpin Umno. Saya percaya maksud beliau adalah perwakilan perlu membawa isu berkaitan Petaling Jaya Selatan. Kalau ada (isu), kita hentam,” katanya lagi.
Shamsudin perlu sedar bahawa dengan menjadi pembangkang sahaja masih tidak cukup dalam menunaikan mandat pilihanraya.
Mereka masih perlu memikul tanggungjawab dan kedudukan dalam Dewan Undangan Negeri, jika tidak mereka akan dilihat cuba mengelak daripada tanggungjawab.
Berhubung tawaran Zahid untuk memberikan dua kedudukan dalam Kabinet kepada BN Selangor jika berjaya merampas negeri itu pada PRU akan datang, Shamsudin menyifatkan ia akan menjadi “motivasi” yang baik untuk meningkatkan pencapaian mereka.
Namun, pemerhati mengatakan kenyataan Zahid itu boleh dilihat sebagai satu bentuk “rasuah”, dan mengukuhkan persepsi bahawa Jemaah menteri bukannya dipilih berdasarkan kebolehan.
Reaksi Shamsudin yang begitu bersemangat ketika menerima tawaran Zahid itu menunjukkan yang beliau lebih berminat dengan jawatan menteri, berbanding  dengan ikhlas menunaikan mandat rakyat sebagai pembangkang negeri.
Pada PRU ke-13, Umno hanya menang 12 daripada 34 kerusi DUN di Selangor. Parti komponen BN lain yang bertanding di 22 lagi kerusi DUN – MCA (14), MIC (4), Gerakan (3) dan PPP (1) – pula kalah di semua kerusi tersebut.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada alyaa@hckmedia.com

2 comments:

  1. memang puak depa ni haprak pun
    kuat belit kuat tipu orang supaya jadi bodo
    gila kuasa bila ada kuasa bangsa sendiri pun dilombukan
    asalkan bukan amno

    ReplyDelete
  2. Terbukti Orang Orang UMNO ini bahalol dan bodoh hanya sebuk duit poket sendiri saja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa