Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 8, 2015

Kehilangan Kevin Morais ada kaitan dengan pembunuhan Hussain Najadi?

Polis dipercayai semak semula kes pembunuhan Najadi dalam siasatan kehilangan Morais
PUBLISHED: Sep 8, 2015 11:30am
Sejak kehilangannya timbul pelbagai spekulasi bahawa Morais sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan SPRM terbabit dalam siasatan pelbagai kes berprofil tinggi.

KUALA LUMPUR, 8 Sept:

Terdapat perkaitan dalam kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dan pembunuhan Pengasas Ambank Hussain Ahmad Najadi.

Ketika pasukan penyiasat meneruskan siasatan terhadap laporan kehilangan Morais yang dibuat Sabtu lalu oleh adiknya, Datuk Richard Morais, perkaitan ini mungkin menjadi fokus pasukan penyiasat.
Kevin sebelum ini telah dipinjamkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini kembali kepada Jabatan Peguam Negara.
Sejak kehilangannya timbul pelbagai spekulasi bahawa Morais sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan SPRM terbabit dalam siasatan pelbagai kes berprofil tinggi.
Namun SPRM dan Jabatan Peguam Negara menafikan pembabitan Morais dalam siasatan berkenaan dan menggesa masyarakat untuk menghentikan spekulasi serta memberi laluan kepada polis untuk menjalankan siasatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun menolak kemungkinan kaitan antara pembunuhan Najadi dan 1MDB dan kini dengan kehilangan Morais, polis menyemak semula kes pembunuhan berkenaan yang berlaku pada 29 Julai 2013.
Pada hari kejadian, Najadi dan isterinya, Chong Mei Kuen meninggalkan kuil Guan Yin ketika diserang oleh seorang lelaki di tempat letak kereta Lorong Ceylon.
Memakai topi dan bercermin mata hitam, suspek melepaskan beberapa das tembakan sebelum melarikan diri menaiki teksi.
Najadi dan Mei Kuan dikatakan meninggalkan kuil berkenaan selepas mengadakan perbincangan mengenai urusan pembelian tanah membabitkan jutaan ringgit dengan seorang lagi individu sebelum insiden itu.
Kini, The Rakyat Post difahamkan, Morais berkemungkinan mengetahui berkenaan pertemuan itu dan sama ada maklumat ini disampaikan kepada polis, hanya penyiasat yang mengetahuinya.
Persoalannya kini adalah adalah Najadi sememangnya menjadi sasaran lelaki bersenjata itu, atau adakah individu yang mengadakan pertemuan dengan Najadi.
Polis yang telah mengenal pasti identiti individu terbabit, yang dipercayai bergelar ‘datuk’, dan akan memanggilnya untuk membantu siasatan berhubung kes pembunuhan dan kehilangan Morais.
Selain itu, polis turut menyemak semula fail kes yang dikendalikan Morais untuk melihat pendakwaannya, serta kes yang masih tertunggak.
Berita kehilangan Morais itu nyata mengejutkan rakan sekerjanya di Jabatan Peguam Negara dan bidang perundangan.
Berusia pertengahan 50-an, Morais disifatkan sebagai seorang yang profesional dan berdedikasi dalam menjalankan tugasnya.
Morais kali terakhir dilihat di kediamannya di apartmen Menara Duta pada pagi Jumaat ketika keluar dengan memandu kereta milik kerajaan bernombor pendaftaran WA6264Q.
Apabila panggilan yang dibuat oleh rakan dan saudaranya tidak dijawab, Richard kemudiannya diberitahu tentang kehilangan itu dan membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang sebelum jam 6 petang hari berikutnya.
Penemuan sebuah kereta yang dibakar di Hutan Melintang, Perak, menimbulkan kebimbangan ahli keluarga Morais serta rakan-rakannya.
Sementara itu, berikutan pembunuhan Najadi, seorang pemandu teksi yang terbabit dengan pembunuhan itu dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Najadi dan cubaan menbunuh isterinya.
Seorang ahli perniagaan juga yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan itu masih bebas kerana didakwa merupakan individu yang mengupah lelaki bersenjata itu.

4 comments:

  1. Nampak gaya ada kaitan dengan 2,600,000,000 rengget jugak lah...

    Sedih!!!!!

    Lahanat masih lagi bebas.

    ReplyDelete
  2. tak boleh harap jugak nampaknya
    tukang upah terlepas sipembunuh yang kena

    ReplyDelete
  3. Ini peluang baik, letakkan apa saja barangan Morais dlm kawasan Muhyid...buat sampai kantoi, ibarat 'killing two birds with one stone'. Bukan tak boleh direka bukti2 macam kes Sialfool dulu, maklumlah puak2 tak takut tuhan tu, apa dia orang peduli!

    ReplyDelete
  4. Macam cliche sangat jalan cerita nya.. Hapus bukti pakai bom kantoi.. Back to the old school style lah nampak nya.. Tampak elok jalan cerita..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa