Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 8, 2015

Terbarai: Kenapa tak jawab sendiri?

Tak tahulah sape yang bohong sape yang tipu.......

Bekas bos SB cabar Rosmah jawab sendiri tuduhan

Anne Muhammad

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) polis Datuk Abdul Hamid Bador menggesa isteri perdana menteri Rosmah Mansor tampil menjawab sendiri dakwaan terhadapnya dan tidak menggunakan orang tengah.
Hamid perkata Rosmah tidak perlu menggunakan pembantunya Datuk Rizal Mansor untuk bercakap bagi pihaknya.
“Sanggupkah Rosmah sendiri tampil buat penafian? Dia tak boleh bercakap sendiri ke?
“Sudah tentu, dia (perlu) jawablah,” katanya kepada Malaysiakini.
Isnin lalu, Hamid membangkitkan persoalan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama ada pertukarannya ke Jabatan Perdana Menteri dibuat dalam "mesyuarat tergempar" dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan turut dihadiri Rosmah.
Bagaimanapun semalam Rizal dengan keras menafikan dakwaan Rosmah menghadiri mesyuarat tergempar seperti yang didakwa.
Sementara itu, Hamid juga membangkitkan isu berkaitan amalan membeli-belah Rosmah yang didakwanya menyusahkan pegawai dan pengiringnya.
“Selama ini dia banyak menyusahkan pegawai saya. Suka membazir waktu 'bershopping' sakan. Berjam-jam lamanya pegawai polis kena iring.
“Aktiviti dia (Rosmah) itu memaksa kerajaan tanggung kos lebih untuk bayar elaun pegawai-pegawai untuk iring,” dakwanya.
Rizal: Tunggu berita siar dulu
Menjawab soalan, Hamid berkata beliau tidak bimbang dikenakan sebarang tindakan atas kenyataan pedasnya itu.
“Saya tidak takut mati pun. Sudah saya buktikan waktu Ops Daulat (dalam kes pencerobohan Lahad Datu). Lagipun saya tidak percaya ilmu-ilmu ghaib, bomoh, hantu puaka. Kuasa Allah mengatasi segalanya.
“Kalau saya perlu pergi ke mahkamah, lagi bagus. Senang untuk saya dedahkan semuanya,” katanya.
Sementara itu, Rizal ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas lanjut sebaliknya menunggu berita ini disiarkan terlebih dahulu.
"Nanti saya jawab. Siarkan dahulu berita Datuk Abdul Hamid (gambar) ini dulu," katanya.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Rizal lagi hari ini.

4 comments:

  1. Dari ayat' lagi pun sy tak percaya ilmu ghaib,bomoh,hantu puaka ni..'
    Rasanya ketua perisik ni perli badak air.

    ReplyDelete
  2. BON BON MANA ADA CAKAP TERUS PADA MANUSIA

    ITU BON BON PADANG LAH!!!!!!!!

    Tak percaya GOOGLE dalam INTERNET

    Paling tidak tengok www.bon.bon.padang.com boleh tahu

    ReplyDelete
  3. ai kalau tak betoi tak kan berani snagat nak tuduh orang besar
    tanpa ada bukti
    ini polis bukan bodo punya orang
    kasi gasak sama dia cukup cukup

    ReplyDelete
  4. Tak pecat - sengsara
    Pecat - 5 negeri bahaya
    Fenin2
    Fenin hardy dah merebak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa