Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 13, 2015

Mengapa Pakatan 2.0 mengulangi kesalahan serupa?

Posted on Sunday, September 13 @ 13:50:20 MYT by paktam
oleh Hazlan Zakaria
Terdapat sebab tertentu mengapa Pakatan Rakyat terkubur dan hancur berselerakan kerana kegagalannya berpegang kepada prinsip yang sama, meskipun berdepan musuh yang sama dan membuat pelbagai kompromi.

Dan kini sebelum tertubuhnya Pakatan 2.0, gabungan pembangkang seakan bakal melakukan kesalahan serupa.

PKR and PAN terus bertegas agar PAS dibenarkan menyertai Pakatan 2.0 atas dasar menyatukan semua yang menentang Barisan Nasional.


Jelas mereka tidak belajar dari kesilapan lampau, di mana gabungan tersebut tidak mampu bekerjasama kerana ketiadaan dasar yang dipersetujui.

Dan jelas, mereka masih bersikap hipokrit dengan kononnya bersikap inklusif namun pada masa yang sama, menolak PSM dari bersama dengan mereka.

Lebih mustahak, tiada di antara mereka yang sanggup berkompromi dengan merungkai agenda kepartian mereka bagi membentuk satu konsensus yang dipersetujui.

Sebaliknya setiap parti hanya membuat kompromi sementara bagi mencapai agenda jangka pendek, sehinggalah ia tidak lagi diperlukan.

Contohnya PAS hanya kekal dengan Pakatan sehingga Umno setuju dengan usul hudud, sebelum mula memikirkan jalan keluar dari gabungan pembangkang.

DAP pula, yang tak selesa dengan undang-undang Islam yang dimainkan PAS, kekal bersama Pakatan sehingga ia kuat namun kemudian menggunakan PAS sebagai alasan kemusnahan gabungan tersebut.

Jadi PAS dan DAP sama-sama menyumbang kepada kegagalan Pakatan sementara PKR hanya dilihat sebagai pendamai mereka sahaja.

Kini PKR masih dilihat cuba memainkan peranan orang tengah dengan menjemput semua pihak ke dalam Pakatan 2.0. Ini perlu dilakukan kerana PKR sendiri lemah akibat kemelut dalamannya.

DAP juga sebenarnya tamak, kerana tidak mampu berunding dan hanya mahu menjayakan dasar kepartiannya sendiri.

Keengganan berkongsi platform yang sama ini menjadi masalah pakatan baru, yang bakal diuji sehingga mungkin kerjasama mereka akan terurai sekali lagi.

Lihat bagaimana isu hudud dan kurangnya konsensus memusnahkan Pakatan lama.

Pembangkang perlu belajar memilih platform yang dipersetujui berbanding sekadar mahu menumbangkan BN. Di masa lalu, pemikiran begitu tidak menemukan kejayaan.

Sekiranya mereka mahu gabungan yang ampuh, semua pihak perlu merendah diri dan berunding bagi menjayakan platform yang dikongsi.

Mereka perlu sedar bahawa sesiapa yang gagal mencapai persefahaman perlu disingkir sebelum menjadi barah.

Jalannya mungkin sukar, tetapi bagi pihak yang mahu menubuhkan gabungan baru, mereka perlukan masa bagi mewujudkan kompromi yang dipersetujui semua yang terlibat.

Komen dan cadangan dapat disampaikan kepada hazlan@hckmedia.com

2 comments:

  1. pas terus berjuanag hingga ramai Ornag Islam sokong syiar syariat
    Islam dapat ditegakkan
    biarkan mereka dengan impiana dunia mereka

    ReplyDelete
  2. Pas kuat, tak perlu join geng yg tak suci murni macam ulamak2 Pas.......lagi pun lenggang ameno sungguh mengiurkan ostat2 Pas hingga meleleh air liur memaki umat islam yg lain!

    Tanpa Pas PR2.0 boleh menang dah. Kalau Pas masuk memang hadi Uturn lagi.....jangan jadi bodoh masuk lubang yg sama 2 kali!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa