Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 7, 2015

Ringgit susut lagi: Manusia yang paling gembira mestilah Nazri Aziz!

Ringgit mungkin susut lagi minggu depan
Bernama | Diterbitkan pada September 05, 2015 11:49 MYT   
Ringgit mungkin susut lagi minggu depan
Ketua Penyelidik Inter-Pacific Research Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata, ringgit akan memasuki tempoh yang lebih tidak menentu minggu depan.
KUALA LUMPUR: Ringgit kemungkinan akan meneruskan trend menurun berbanding dolar US minggu depan berikutan sentimen yang lebih lemah di pasaran global, kata peniaga.

Peniaga berkata, beberapa faktor seperti pertumbuhan ekonomi China yang semakin lembap dan kejatuhan harga minyak, dijangka memberi tekanan ke atas pasaran mata wang minggu depan, termasuk unit tempatan.

Menurutnya, pelabur juga akan memantau pengeluaran senarai gaji bukan ladang lewat Jumaat bagi mendapatkan lebih banyak petunjuk mengenai kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.

Ketua Penyelidik Inter-Pacific Research Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata, ringgit akan memasuki tempoh yang lebih tidak menentu minggu depan, dipengaruhi pergerakan harga minyak mentah dan pengeluaran data ekonomi.

"Ia agak stabil minggu ini. Kami masih menjangka tahap kejatuhan harga minyak akan lebih lambat dan itu bermakna ringgit akan mempunyai potensi penyusutan yang terhad," katanya kepada Bernama.

Pada Jumaat, minyak mentah Brent untuk Oktober merosot 12 sen kepada US$50.56 setong, selepas mencatat paras terendah hari ini pada US$49.68 setong.

Minyak mentah AS juga turun 20 sen kepada US$46.55 setong.

Unit tempatan itu dijangka bergerak sekitar 4.28 dan 4.30 dalam tempoh satu atau dua minggu akan datang, kata Pong.

Untuk minggu baru berakhir, ringgit jatuh berbanding dolar US kepada 4.2560/2610 berbanding 4.1950/1050 Jumaat lepas.
Mata wang tempatan itu merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0040/0085 daripada 2.9877/9969 dan turun berbanding yen kepada 3.5738/5792 daripada 3.4721/4812 sebelum ini.

Ia susut berbanding pound sterling kepada 6.4849/4933 daripada 6.4561/4732 minggu lalu dan jatuh berbanding euro kepada 4.7408/7468 daripada 4.7349/7470 sebelum ini.

1 comment:

  1. Tidak jugak

    Pelancong sudah kurang lawat Malaysia semenjak 1-2 tahun lepas ini MH370 salah satu sebab nya.

    China pon tak nak datang dah....

    Yang rugi banyak adalah Rakyat No1 orang orang Melayu....

    Yang ada duit akan melabur luar negara takut nilai ringgit jatuh setanding Ruppiah...

    Bodoh lah orang orang Melayu , penipu perasuah 42 bilion pon nak di sokong.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa