Bernostalgia sakan yer Pak Subky?
Aku pun ada banyak nostalgia juga........cuma hulu lain, parang lain!
Inilah salah satu pandangan mereka terhadap pemimpin mereka
Itulah sebabnya wala' tanpa fikir dan soal!
Seingat korang ada ke terjadi.........ugutan begini di zaman Nabi?
Kalau takde zaman Nabi..........ini ugutan zaman Hadi
Seingat yang aku bacalaa.........Rasulallah masih berbuat baik kepada manusia yang membencinya walau pun dilempar taik!
Ulamak yang macam mana tu Pak Subky?
Yang mulut cabul, label orang dan klu-klek pun termasuk ke?
Yang kata lain buat pun sama ke?
Perleceh ulama dibimbangi datang 'tulah'
ASLANI M | 06 September 2015.
KOTA BHARU: Veteran PAS Subky Latif meluahkan rasa bimbang sekiranya dibiarkan pihak-pihak tertentu memperlecehkan ulama, didatangkan “tulah” oleh Allah Taala. Kamus Dewan Edisi ketiga 1994 memberi makna tulah sebagai kemalangan yang menimpa kerana melanggar larangan. Subky berkata pihak itu memperlecehkan ulama dengan pelbagai tohmahan termasuk mahu bekerjasama dengan Umno.
“Pada 1982 saya yang membawa usul di muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat supaya diwujudkan kepimpinan ulama. “Ketika itu saya sebagai setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, dan Datuk Mustafa Ali sebagai ketua. Kemudian usul itu kemudiannya dilulus pada muktamar penuh yang diadakan di Bukit Mertajam.
“Usul tersebut dibuat selepas mengambil kira golongan ulama tertindas dalam tempoh begitu lama ketika negara berada di bawah penjajah,” katanya pada bengkel merakyatkan media anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Kelantan di sini semalam.
Bengkel tersebut yang disertai hampir 100 petugas penerangan dari seluruh Kelantan dirasmikan Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri, Dr Md Yusnan Yusof.
Bengkel sehari itu antaranya memuatkan slot penjelasan itu semasa disampaikan bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Wan Ismail Wan Jusoh. Selain itu peranan media baru oleh Pengarah IT PAS Pusat, Shuhami Embong dan bengkel menulis berita dikelolakan wakil Harakah Kelantan dan Penolong Editor Buletin Darulnaim, Tuan Mohd Nor Yahya. Turut mengikuti bengkel tersebut anggota Exco kerajaan negeri, Mumtaz Md Nawi dan Adun Chempaka, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood, wakil Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.
Subky juga berkata, cadangan untuk memastikan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS daripada kalangan ulama sudah lama disuarakan.
“Bilangan ahli Majlis Syura yang ada sebelum ini tidak sepadan dengan jumlah ahli PAS yang sudah lebih 1 juta orang.
“Sebab itulah jawatan presiden dan timbalan presiden mesti terdiri daripada ulama kerana mereka memahami agama secara lebih mendalam,” ujarnya.
Beliau yang juga pengasas Harakah menjelaskan usaha menerbitkan akhbar milik PAS itu begitu sukar biar pun setelah diberi izin permit oleh Kementerian Dalam Negeri pada Mac 1987.
Katanya, bagi menerbitkan edisi pertama tidak ada kilang yang sedia mencetak Harakah kecuali sebuah kilang milik akhbar Tamil.
Wan Ismail pula menjelaskan krisis dalaman yang berlaku dalam PAS sekarang adalah ulangan kedua episod yang pernah terjadi sebelum ini.
Menurutnya ada pihak yang terpengaruh dengan kefahaman sosialis cuba mendapatkan kedudukan lebih tinggi dalam hierarki pada muktamar lepas namun gagal.
“Mereka mahu menerapkan konsep sama rata dalam PAS yakni tidak ada kaya dan miskin. Sedangkan kefahaman itu bertentangan dengan Islam.
“Adanya tuntutan membayar zakat memberi makna tiada konsep sama rata dalam Islam. Zakat membolehkan orang kaya membantu rakyat miskin,” katanya.
Beliau juga mendakwa Umno mempunyai rangkaian cyber troopers sehingga lima orang di setiap Dun dengan dibayar gaji tetap bagi memberi imej negetif terhadap PAS dan pembangkang.
Katanya juga kefahaman masyarakat Cina terhadap usaha kerajaan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah masih tidak rendah kerana sering diberi gambaran negetif oleh media berbahasa Cina. - HARAKAHDAILY 6/9/2015
Dah.selepas tetalaq istri kini TU LAH lah pulak,Tak habis2 dengan isu yang menjadikan oarng semua keliru ,Tuan Subky ni sepatutya tidak perlu mnegeluarkan isu ini.carilah jalan damai .bersepakat,bersatu .bermaafan.sekarang ini musuh adalah kawan sendiri.Lansing tidak ada serangan pada Umno .
ReplyDeleteapa yg dia merepek ni? sepatutnya semakin tua semakin dihormati. ini sebaliknya pula.
ReplyDeletePada aku tuan admin.. TULAH di sini dan terkini boleh dirujuk kpd kenyataan Mat Sabu dlm menjawab pertanyaan media semalam 6/9/2015.. iaitu antaranya sekiranya Hudud dibentangkan di parlimen dan majoriti ahli AMANAH berkonsensus utk menentang maka AMANAH akan akur dan turut menentang perlaksanaan Hudud hatta di kelantan sekalipun!
ReplyDeleteHg putar belit ayat mat sabu.
DeleteNi petikan asal..
Pengerusi Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata, ia akan bergantung kepada konsensus yang dicapai antara Amanah dan rakan lain dalam gabungan parti pembangkang yang akan ditubuhkan kelak.
Bekas ahli Parlimen PAS, yang kini menyertai parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah), sedia mengundi menolak rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat, sekiranya ia merupakan keputusan konsensus pembangkang, kata pengerusinya Mohamad Sabu.
Katanya, pendirian mereka akan bergantung kepada konsensus yang dicapai antara Amanah dan rakan lain dalam gabungan parti pembangkang yang akan ditubuhkan kelak, katanya.
"Kami akan berunding dengan rakan dalam gabungan terlebih dahulu," kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
"Kalau mereka kata 'Tidak', maka kami tidak akan menyokongnya," katanya di Kuching, Sarawak hari ini ketika ditanya pihak media pendirian parti itu mengenai hudud.
Beliau berkata demikian pada majlis memperkenalkan Amanah, kumpulan serpihan parti Islam PAS, di negeri itu hari ini.
Beliau berkata, pendirian parti itu mengenai hudud akan dibuat berdasarkan proses perundingan, pendekatan demokrasi dan peruntukan yang termaktub di bawah Perlembagaan.
“Kami akan bincangkan dengan rakan kami. Kita tak boleh paksa hudud atas rakyat sekiranya majoriti mereka, Islam dan bukan Islam, tidak bersetuju dengannya.
"Dan kita tak boleh paksa pelaksanaannya sekiranya ia bertentangan dengan perlembagaan," kata Mat Sabu.
Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa bagaimanapun berkata, beliau tidak percaya rang undang-undang itu, yang cuba dibawa sebagai rang undang-undang persendirian oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, akan berjaya dibentangkan di Dewan Rakyat.
Hadi berusaha membentangkan rang undang-undang itu bagi membolehkan Kelantan, yang meluluskan enakmen jenayah Islam di Dewan Undangan Negeri pada Mac, melaksanakan hukuman hudud di negeri di bawah teraju PAS itu.
"Terlalu jauh dari realiti walaupun untuk bercakap mengenai kemungkinan mengundi untuknya. Ia masih belum melalui proses yang sewajarnya.
"Rang undang-undang itu masih dengan Speaker. Ia malah tidak dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk mereka membincangkannya.
"Raja-raja mempunyai bidang kuasa ke atas hal ehwal agama (Islam) dan mereka perlu menyokongnya," kata Mujahid kepada perhimpunan di Kuching itu.
Beliau juga menyifatkan pembentangan rang undang-undang oleh Hadi itu sebagai "mengarut", menggelarkannya "tipu helah politik Barisan Nasional (BN) untuk memecahkan Pakatan Rakyat (PR)".
"Hadi ditipu. Beliau diperdaya untuk masuk dalam perangkap BN yang hendak memecahkan PR," kata Mujahid, anak kepada salah seorang bekas presiden PAS terdahulu.
Gabungan pembangkang PR hancur awal tahun ini kerana isu hudud di Kelantan dan penolakan DAP terhadap cara unilateral Hadi dalam bertindak dan membuat keputusan.
PAS juga secara rasmi mengesahkan memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar agung tahunan parti itu pada Jun.
DAP sedari dulu menentang pelaksanaan undang-undang Islam itu dan menuduh PAS melanggar dasar rangka kerja yang dicapai PR pada 2011, di mana semua pihak dalam gabungan itu bersetuju hudud bukan agenda bersama.
Fidzuan Zaidi, bekas ahli exco PAS Sarawak, dipilih sebagai pengerusi Amanah di negeri itu.
Pi masuk sekolah balik kalau tak paham bahasa melayu
Tudia Wan Rosli, putar baik punya statement...
DeletePAS bukan agama tapi wadah. Wanita jaadi tarohan macam zaman jahaliah.Kesihan pengikut PAS ala taliban.
ReplyDeleteSetiap peminpin akan ada pengikutnya sendirii..samaada pemimpin itu baik atau pemimpin itu zalim...sebab nya.. kita akan dibangun di akhirat dengan pemimpin yang kita sokong. Ini lah qada' dan qadar kita..kalau baiik ucaplah Alhamdulillah..kalau tak baik bertaubat serta pohonlah keampunan kepada Allah...kerana kita semua nya lemah. Ada orang lahir islam, mati islam, ada orang lahir kapir mati pun kapir, ada orang lahir islam mati pulak kapir dan ada orang lahir kapir dan matinya pulak islam.
ReplyDeletePolitik adalah wadah untuk menyusun kehidupan manusia. Wadah terbaik adalah Islam. Yang jadi masalah sekarang ada puak yang percaya partinya leb8h dari percaya kepada Islam itu sendiri.
DeleteSo apa bezanya.? Ini menunjukkan G18 tiada masalah utk tolak hudud.. memang x sesuai berada dlm PAS.. jadi jgnlah menuduh TGHA menghalau sedangkan hakikatnya anda tewas.. Dan kalau beginilah pendirian GHB "boleh menolak hudud ", memang tepatlah keputusan muktamar yg lepas serta amat tepatlah kenyataan TGHA sblm pemilihan bahawa akan ada 2 jenis senarai calon satu yg tentang DAP satu yg mendapat restu DAP!!
ReplyDeleteNi video hadi awang tolak perlaksanaan hudud.
Deletehttps://m.youtube.com/watch?v=gmcCvwxijD4
Tengok dan nilai sendiri..
Asalnya kesepakatan pas,pkr.dan dap dalam pakatan rakyat adalah tidak melaksanakan hudud.dalam bahasa melayu bermaksud,hadi awang telah bersetuju tidak melaksanakan hudud.
Kemudian hadi awang telah uturn dgn membawa rang undang2 syariah yg dicadangkan memberatkan hukuman kesalahan tertentu yg dicanangkan sebagai hudud padahal RUU itu bukanlah seperti hudud yg digambarkan dalam alquran,dengan tidak berbincang dgn pkr dan dap sehinggakan pas pusat pun tak tau apa2 pasal RUU yg hendak dibawa oleh hadi awang tu.
Tp malangnya dia suruh org lain bawa ke parlimen sedangkan dia ponteng dan pergi ke jepun.
disebabkan hal ini,dap membuat keputusan memutuskn hubungan dgn hadi awang kerana dia tidak memegang janji.
Disebabkan hal ini juga geng taksub pas memulau PRK pmtg pauh kononnya pkr menolak hudud.
Senang cerita,hadi awang mulanya berjanji tak mau laksana hudud dlm pakatan rakyat,kemudian dia bawa RUU yg dicanangkan sebagai hudud diam2,
Kemudian terjadilah perpecahan sedikit demi sedikit dalam pakatan rakyat.
Kalau pas nak tentang dap,tak payah la join pakatan dr awal lg.
Wan Rosli ni guna kepals lutut ka, kepala siki ka, kepala kontol itk berpikir?
DeleteTanya wan rosli knp Hadi pembohong makan angin di Jepun waktu Parlimen bersidang? Kenapa dan bila nak perjuangkan hudud Pas?
ReplyDeleteSy rasa betul la apa yg dikata kan oleh encik rosli tu cuma yg ditulis oleh encik tanya sama itu hud hud adalah penenarangan cara panjang lebarnya namun isi atau kesimpulannya begitu la.jika nak cari alasan mmg banyak boleh cari.buat cerita berjela jela pun byk org boleh buat tp tang yg benar nak pegang hudud tu biar jd tak ramai rasa.benda tu byk org tak suka.nanti kita tengok la siapa yg jual agama sapa yg mmg iklas.
ReplyDeleteMana Wan Rosli tadi. Jawab jangan tak jawab
ReplyDeleteWan semail tambah bini lagi ko
ReplyDeleteBini hok kemboja tu lagu mano
Habis manis sepah dibuang
Ustaz korok kering lagu ni
Bini baru anok tok syeikh kok lanas bereh ko
Kereta audi lagi ko loni ko tukar hok baru pulok
Ingat kena nyakit di mekah aritu insaf doh kakah ni
Rupo2nyo kohor berat..