Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 17, 2017

Siapa yang u-turn dan siapa yang pusing roundabout?

BR1M: Mahathir Yang U-Turn atau Najib Yang Pusing Roundabout?
Posted on Monday, January 16 @ 11:30:33 MYT by paktam
Dipaparkan: Surat Pembaca
Oleh: Dr Radzi Jidin

1. Saya tersenyum apabila membawa tajuk berita Sinar Harian, “Najib: Mahathir jaguh buat pusingan U”.

2. Menurut Sinar Harian, “Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai jaguh pusingan U apabila sering mengubah pendiriannya sejak kebelakangan ini termasuk dalam isu pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)”.
3. Sinar Harian memetik Najib berkata, "Dalam tempoh tiga minggu sahaja beliau tukar pendirian dan buat pusingan U dengan menyatakan sekiranya pembangkang menang mereka sanggup mempertimbangkan pemberian BR1M”.

4. Apa yang Tun Mahathir sebenarnya sebut di dalam ucapan beliau semasa merasmikan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada hari Sabtu lalu?

5. Saya petik ucapan beliau tentang BR1M dibawah:

**************************************************
123. Jika didapati BR1M mustahak maka wang ini akan diagih oleh pegawai Kerajaan. BR1M tidak boleh dimasukkan dalam mana-mana manifesto mana-mana parti.
124. Jika dipersetujui oleh rakyat BR1M akan dijadikan bantuan statutory yang ditentukan oleh undang-undang dan budget biasa. Perdana Menteri tidak boleh tentukan pemberian ini atau jumlahnya, atau cara penyampaiannya.
125. Sesungguhnya yang miskin dan daif akan diberi bantuan supaya mereka boleh hidup sempurna. Soal mereka sokong atau tidak parti campuran pembangkang tidak akan diambilkira dalam bantuan yang akan diberi.

***************************************************
6. Apa yang ditekankan oleh Tun Mahathir ialah bantuan kepada rakyat yang miskin dan dhaif sekiranya mustahak dan perlu, ianya akan diberikan tetapi bukan sebagai bantuan berbentuk politik dan tidak boleh dimasukkan di dalam manifesto mana-mana parti politik.

7. Ini bagi mengelakkan bantuan tersebut dijadikan seolah-olah sebagai imbuhan sekiranya sesuatu parti menjadi kerajaan.

8. Untuk makluman semua, salah satu perkara yang disebut di dalam manifesto Barisan Nasional untuk Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu ialah “Menambah BR1M sehingga RM1200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan”.

9. Dalam ucapannya Tun Mahathir menekankan bahawa jika dipersetujui rakyat, bantuan sedemikian akan dijadikan bantuan “statutory”, iaitu bantuan yang ditentukan oleh undang-undang atau akta berkaitan dan diletakkan dibawah kementerian yang bertangungjawab.

10. Menurut beliau, Perdana Menteri tidak boleh tentukan pemberian ini atau jumlahnya, atau cara penyampaiannya. Sebaliknya sebarang keputusan dan agihan dibuat oleh pegawai kerajaan bukannya Perdana Menteri.

11. Ini bermakna, sekiranya ada perubahan kerajaan pusat dari satu parti ke parti yang lain, bantuan sedemikian akan terus kekal kerana satu bentuk bantuan kerajaan yang wujud berdasarkan undang-undang atau akta berkaitan, bukannya bantuan yang disebut dalam manifesto pilihanraya mana-mana parti politik.

12. Apa yang disebut oleh Dr Mahathir dalam ucapannya itu adalah konsisten dengan apa yang disebut beliau sebelum ini bahawa BR1M tidak seharusnya menjadi bantuan politik yang seolah-olah digunakan untuk membeli undi kerana ianya dimasukkan di dalam manifesto parti.

13. Jadi, siapa yang u-turn dan siapa yang pusing roundabout?

Notakaki:
Untuk yang tidak biasa dengan konsep bantuan “statutory” dalam konteks “social safety net”, boleh rujuak konsep sebegini di negara lain. Contohnya, konsep bantuan Family Tax Benefit di Australia. Ianya tidak dimasukkan ke dalam manifesto mana-mana parti dan kekal diberikan kepada yang betul-betul memerlukan tanpa mengambilkira parti mana yang memerintah. Jumlah yang diberikan adalah berdasarkan pelbagai pemboleh ubah dan berbeza dari seorang individu ke individu yang lain. Jumlah ini ditentukkan oleh pegawai kerajaan berdasarkan kelayakan individu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa