Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Tuesday, January 17, 2017

Kata-kata siapa yang boleh pakai ni?

Polis nafi MP: Anak timbalan menteri hadir kawad cam
mk  -  Hari ini, 4:39 petang
 
Polis menafikan kenyataan anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad bahawa suspek utama kes rusuhan di luar bangunan parlimen pada November lalu tidak ditampilkan dalam kawad camnya.

Sebaliknya, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh, dalam sesi 10 Januari lalu, dua orang daripada 11 suspek telah berjaya dicam.

“Kesemua suspek yang ditangkap telah pun mengambil bahagian dalam sesi kawad cam, termasuk anak kepada timbalan menteri yang dimaksudkan melainkan, hanya satu suspek yang masih belum dikenal pasti,” kata Amar Singh.

Katanya lagi, sesi kawad cam kes Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh itu sudah dua kali diadakan, termasuk semalam mengikut standard operasi piawai (SOP) dan dihadiri peguam kedua-dua pihak.

Khalid semalam mendakwa hanya individu menjadi pemerhati kejadian dibawa dalam sesi kawad cam berkenaan,

Beliau antaranya mendakwa beberapa pihak, termasuk anak Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang terlibat tiada dalam kawad cam yang dihadirinya.

Dalam kejadian pada 24 November lalu, Khalid diserbu kumpulan penyokong Tajuddin dari Pasir Salak, Perak, ekoran pertikaman lidah membabitkan perkataan "sial" sesama mereka.

Polis kemudian menahan 11 suspek - termasuk tiga wanita - untuk membantu siasatan.

Seorang daripada mereka ialah anak Tajuddin sendiri.

Dalam kenyataan hari ini, Amar Singh berkata kenyataan Khalid semalam tidak benar dan beliau menasihati orang ramai tidak mempercayainya dan tidak membuat spekulasi sehingga siasatan kes selesai.

Sebelumnya: [VIDEO] Kawad Cam: Mengapa Penyerangnya Tidak Hadir?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa