Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 15, 2017

US di ambang perang saudara?

Amerika Syarikat di ambang perang saudara?
14 JANUARI 2017
Willy Wimmer

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) kini diambang perang saudara. Demikian peringatan yang disampaikan oleh bekas Sekteriat di Kementerian Pertahanan Jerman, Willy Wimmer.

Memetik laporan Express.co.uk, Wimmer mendakwa wujudnya usaha oleh golongan elit di Washington untuk menyingkirkan Donald Trump daripada menduduki kerusi presiden AS.

Menurut Wimmer, selain itu kelompok Demokrat dan mereka yang anti Trump dalam Republikan kini menggunakan kempen menolak Trump dengan mengaitkan beliau dengan Rusia.

"Mereka yang gagal dalam pemilihan dan kelompok yang anti Trump tidak akan menerima beliau sebagai Trump, apa yang sedang terjadi sekarang di Washington seolah-olah menuju ke arah perang saudara,” kata Wimmer.

[ARTIKEL BERKAITAN: Donald Trump menang, kini Presiden AS baharu]

Ujarnya lagi, kaitan Trump dengan Rusia kini dilihat semakin menyemarakkan sentimen perang saudara itu.

”Ketegangan yang terjadi antara Trump, badan penyiasat AS, dan Rusia merupakan hari-hari yang sangat dramatik yang pernah terjadi dalam kehidupan kita,” katanya.

Sebelum ini, badan penyiasat AS mendedahkan sejumlah bukti tentang keterlibatan Rusia dalam pemilihan Presiden AS pada November tahun lalu untuk memenangkan Trump. Namun Rusia menyangkalnya.

Malah terbaharu, muncul pula dokumen setebal 35 muka surat yang disertakan bukti-bukti yang mendakwa Trump tidak layak menjadi presiden, namun selepas diselidik dokumen itu dibuat oleh bekas penyiasat Inggeris yang bekerja di atas permintaan sekelompok politik AS. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa