Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Wednesday, January 18, 2017

Melayu - UMNO: Sape yang perlukan sape sebenarnya?

*MELAYU TAK PERLUKAN UMNO*

HANYA UMNO YG PERLUKAN MELAYU...tapi MASALAHNYA SEKARANG UMNO BN BEEEETUL BETUL PERLUKAN SABAH dan SARAWAK SEKARANG.....JAUH LAGI PENTING MAHUKAN ISU MELAYU DI MALAYA* ....Itu Musa Aman masih tidur angguk2 tdk faham dan *YES MAN* teeerus

Isu ketika menghadapi PRU12 tidak seteruk PRU13, hanya kerana PM dikawal oleh "4th floor boy". Dan akhirnya BN menanglah sebanyak 140 kerusi Parlimen untuk memerintah lagi Persekutuan Malaysia ini.

Dan ketika PRU13 kemenangan BN jatuh merudum lagi... Hanya menang sebanyak 133 kerusi (campur Pagoh dan Semporna).

*Yang mana kerusi Parlimen yang dimenangi oleh BN adalah seperti berikut :*

25 di Sarawak.
22 di Sabah.
21 di Johor.
12 di Perak.
10 di Pahang dan Kedah
5 di Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.
4 di Melaka dan Terengganu.
3 di Perlis dan Penang.
2 di Kuala Lumpur.
1 di Putrajaya dan Labuan.

Manakala UNDI POPULAR BN pula hanya la 47.38% iaitu MENURUN sebanyak 2.89% ketika PRU12.

UNDI POPULAR Pembangkang pula adalah 50.87% iaitu MENINGKAT sebanyak 4.12%...agak2 la apa macam hati rakyat sekarang ini ????

Ketika PRU13, isu belum ada yang benar-benar membuat rakyat Malaysia marah 😠😡😡😡😡

*Bagi PRU14 akan datang  BN akan berdepan dengan segala macam masalah yang dicipta oleh BN sendiri yang akan menjadi satu kepayahan🤔🙁😣😟😰😖😣 bagi mereka jaga muka segala perangai kerja naikkan kos saja utk bayar hutang...senang ka untuk memenangi PRU 14???.*

Semasa PRU12 belum lagi ada kes :

*1MDB
*GST
*RM2.6B
*Harga barangan naik.
*Harga minyak tak menentu.
*Matawang merundum.
*Kepayahan rakyat untuk hidup seharian.
*Biasiswa MARA tiada.
*Subsidi pelajaran di potong.
*Subsidi kesihatan di potong.
*Aset negara di jual pemilikannya kepada asing.
*Akta MKN.
*Kedatangan warga asing yang berjuta jumlahnya.
*Pembuangan pekerja yang ramai dan sebagainya.

Ingat satu perkara. Perjanjian antara PAS dan UMNO bukan boleh menjadi tanda aras untuk BN menang, kerana dari 21 kerusi yang PAS menangi di masa PRU13 antaranya telah bertukar kepada AMANAH.

Dan perlu di ingat juga untuk rekod, kerusi BN terkini bukan lagi berjumlah 133 kerusi, ianya hanya berjumlah 131 kerusi setelah di tolak kerusi Pagoh dan Semporna.

Dan jika rakyat Sabah di dalam PRU14 ini nanti menolak BN maka kerusi pembangkang akan bertambah...cuba ambil calculator 😅😜 itu yg kerja Musa Aman buat sekarang.

Dan jika rakyat tidak termakan dengan gula-gula serta janji palsu BN terutama orang-orang Melayu dan mereka mengundi PPBM yang akan menentang UMNO habis2an walaupun akan diganggu oleh PAS maka ianya akan menjadi satu perubahan kuasa yang amat besar.

Barang diingat juga untuk memerintah negara ini hanya memerlukan kemenangan kerusi mudah sebanyak 112 kerusi sahaja.

*TERPULANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA ORANG-ORANG MELAYU dan RAKYAT SABAH dan SARAWAK,* jika masih ingin tersepit hidup dengan ekonomi yang tidak menentu, serta terus-terusan di bohongi maka mereka akan mengekalkan UMNOBN.

*JANGAN TERMAKAN PROPAGANDA UMNO* bahawa negara ini akan diperintah oleh DAP kerana ianya tidak akan berlaku, kerana DAP hanya bertanding 52 kerusi Parlimen dan jika DAP menang kesemua kerusi pun ianya bukan suara majoriti.

Dalam BN, hanya UMNO sahaja membawa suara Melayu.

Tetapi di dalam Pembangkang hanya DAP sahaja mewakili suara CINA.

PPBM Melayu.

Dan juga kena letak dalam fikiran bahawa jika UMNO BN kalah Melayu tidak akan melarat dan menjadi bangsat kerana Kelantan bukan UMNO perintah, Penang bukan UMNO perintah dan Selangor juga bukan UMNO perintah. Steady je pun Melayu di sana.

*Yang akan menjadi MELARAT adalah pemimpin-pemimpin UMNO...Menteri2 UMNO yang akan di bawa kemuka pengadilan.*

SAJA NAK BAGITAU UMNO ini kalo  BN kalah...... PERDANA MENTERI tetap MELAYU. Agama rasmi negara ini tetap ISLAM. Bahasa kebangsaan tetap bahasa Melayu. RAJA-RAJA tetap bersemayam di singgahsana.

*VIRALKAN*   - Neo-My-Ns

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa