Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 15, 2017

Tian Chua nak masuk Pas ke atau saja cari penyakit?

Penyokong Pakatan Harapan kecam Tian Chua masih sepentas dengan Pas
15 Januari 2017 | ARIF ATAN
Ketika pemimpin Pakatan Harapan meraikan majlis pelancaran rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Stadium Malawati, Shah Alam semalam, Naib Presiden PKR, Tian Chua sahih menghadiri program ceramah anjuran Pas Cawangan Seksyen 17 di ibu negeri Selangor itu.

Ketika pemimpin Pakatan Harapan meraikan majlis pelancaran rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Stadium Malawati, Shah Alam semalam, Naib Presiden PKR, Tian Chua sahih menghadiri program ceramah anjuran Pas Cawangan Seksyen 17 di ibu negeri Selangor itu.

Gambarnya yang sedang berucap di podium tertera logo dan nama cawangan Pas itu kemudiannya tular di media sosial sekaligus mengundang kecaman di pihak penyokong Pakatan Harapan berbilang kaum.

Satu foto lain pula memaparkan Tian bergambar dengan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah II, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Kelantan.

Ekoran itu, pengguna Facebook Rosli Abdul Rahman menyelar Tian sebagai "Jenis tak sedar diri. Lupa kot apa Pas dah buat kat PR (Pakatan Rakyat) dulu" manakala Agnes Cheah dipetik sebagai berkata, "This fellow is blind support to Pas".

Netizen juga menganggap sikap Ahli Parlimen Batu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu yang masih terus bermesra dengan Pas sebagai bercanggah dengan tingkah laku pengundi di kawasan bandar yang umum menyokong kesepaduan Amanah, DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan bersama Bersatu.

"Pengundi kawasan bandar seperti di Wilayah dan Selangor tak layan 'mainan wayang'. Kita mahu pemimpin yang tegas, berani dan sungguh-sungguh bersama PH (Pakatan Harapan) dan Bersatu," tegas Kamarul Nazli Basri.

Terus dihujani kecaman, tindakan Tian yang masih sepentas dengan Pas dalam banyak lagi siri ceramah parti yang memusuhi Amanah dan DAP itu termasuk di Kelantan turut mengundang nada sinis netizen seperti Wan Mohd Aman yang menulis "Acap tengok dia dalam ceramah Pas. PKR tak buat ceramah ke?"

Ciri berkaitan Pas seperti Rang Undang-undang (RUU) 355 dan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) juga menjadi bahan sindiran pengguna Facebook ketika mengulas kehadiran Tian dalam program yang dinamakan 'Ceramah Umum Isu Semasa Menjelang PRU-14' itu.

"Tian Chua ini sokong RUU 355 kot," tempelak Ahmad Ridhwan manakala Kimiey Kimieytwo meninggalkan komentar ringkas, "DHPP Pas ni".

Tidak kurang pula ada yang secara sinis menyifatkan Tian yang bakal berusia 54 tahun Disember nanti akan bertanding atas tiket Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Tian Chua ni memang dah sah nak jadi calon Pas di Kelantan. Dia nak tunjuk dia dah tak tahan dok dalam PKR sebab Pas dah janji syurga kat dia," kata Muhd Mufiz.

Bahkan, Norlela Ibrahim mencadangkan penyandang Ahli Parlimen Batu sejak Pilihan Raya Umum 2008 itu bertanding di Parlimen Marang yang kini disandang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu, Abe Long berpendapat Tian lebih wajar menyertai Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga Menteri Besar Selangor yang hadir dalam majlis Bersatu.

"Patut dia (Tian Chua) bersama Kak Wan (Wan Azizah) di Stadium Malawati semalam. Azmin pun ada," ujarnya.

Netizen juga berkongsikan foto yang sama antaranya Annuar Ismail tetapi ditambah dengan peringatan supaya pengundi menolak Tian pada PRU14 iaitu, "Don't support this person. Ravenous on those not interested to down BN".

Turut disertakan ungkapan yang merujuk kepada Pas sebagai "a party that always betray the people's trust".

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa