Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Wednesday, May 10, 2017

Adakah ini bentuk mentaliti Ulamak PAS sekarang?

Wow, ganasnya ulama PAS
Ismail Salleh    27 Apr 2017, 5:18 petang
PAS mula bermuktamar di Kedah hari ini dengan muktamar dewan-dewan, termasuk Dewan Ulama yang bersidang di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (Sridu).

Mengambil pentas utama dalam ucapan aluan, Ketua Dewan Ulama PAS Kedah Ustaz Mohd Rejab Md Akhir mengutuk Parti Amanah Negara (AMANAH) dengan ucapan “Jahanam PAN”.

Beliau bukan sahaja tidak mampu menyebut nama Parti Amanah Negara sebagai AMANAH tetapi sebagaimana biasa menyebutnya dengan PAN.

Inilah pemikiran yang ada dalam Dewan Ulama dan anggota-anggota PAS keseluruhannya.

Golongan agamawan ini yang banyak menentukan pemikiran dan hala tuju PAS yang sepatutnya memberi contoh terbaik, panduan serta tunjuk ajar kepada anggota-anggota mereka dan masyarakat umum.

Mereka juga sepatutnya berakhlak dengan akhlak Islam sesuai dengan perjuangan Islam yang PAS bawa.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka bukan sahaja menggelarkan AMANAH sebagai PAN tetapi mengutuk keras dengan “jahaham PAN”.

Pemikiran fanatik ini bukanlah baru dan asing dalam PAS. Fanatisme ini menyebabkan mereka tidak boleh menerima kepelbagaian dan kelainan dalam berfikir.

Dalam PAS perbezaan pemikiran dan pendekatan adalah satu dosa yang mesti dihapuskan.

Dalam Muktamar dua tahun lepas di Batu Pahat, seorang perwakilan yang ada Phd membuat “ucapan doa” selama 15 minit mengutuk dan melaknat kepada mereka yang mempunyai perbezaan pandangan dan pendekatan dalam PAS.

Apalah yang boleh diharapkan oleh orang ramai kalau perbezaan pandangan pun tidak diraikan.
Saya kira orang ramai tidak bodoh untuk menilai perkara ini.

Inilah antara sebab mengapa dalam beberapa tinjauan terkini yang dibuat, mengapa PAS semakin kehilangan sokongan.

Saya kira ucapan dan pemikiran sebegini akan membawa kejatuhan dan keruntuhan kepada PAS.

DATUK DR ISMAIL SALLEH pengerusi AMANAH Kedah.

1 comment:

  1. Kita dah tak heran dgn bahasa2 yg kluo drp mulut2 celupar tu. Tengok aje mr presideng diaorang tu, pengkhianat, tolol, babi dan taik habis dikeluarkan.
    Jenis ada akhlaa tapi akhlaq yang LOW CLASS!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa