Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Friday, May 12, 2017

Akan terleraikah 'belit' ni?

Khairuddin, Matthias tolak tawaran gugur dakwaan sabotaj ekonomi

  | May 11, 2017
Esok mahkamah akan memutuskan sama ada mereka dibebaskan atau dilepaskan tanpa dibebaskan.
KUALA LUMPUR: Pendakwaan hari ini menawarkan untuk menarik balik dakwaan sabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara terhadap bekas pemimpin Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak mahu sebarang tawaran selain dibebaskan.
Peguam kerajaan Awang Armadajaya Awang Mahmud memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Wan Norisham Wan Yaakob bahawa pendakwaraya tidak mahu meneruskan kes itu.
“Kami tidak mahu meneruskan kes ini demi kepentingan keadilan. Kami mahu tertuduh dilepaskan, tetapi tidak dibebaskan,” katanya.
Bagaimanapun, peguam Khairuddin dan Matthias bertegas anak guam mereka patut dibebaskan kerana mereka tidak sepatutnya didakwa.
Sekiranya mereka dibebaskan, pendakwaraya tidak boleh mendakwa mereka menggunakan fakta yang sama tetapi pendakwaraya boleh merangka pendakwaan yang sama terhadap mereka pada kemudian hari jika mereka hanya dilepaskan.
Peguam Khairuddin, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata mereka berdua berada di 5 balai polis luar negara tidak bererti mereka melakukan kesalahan yang didakwa.
“Jika ada perbicaraan, pihak pembelaan akan tunjukkan dakwaan itu terbatal,” tambahnya.
Hanuff berkata pihak pembelaan juga akan mendedahkan dakwaan dibuat dengan niat jahat oleh “mereka yang berkuasa”.
“Tawaran pendakwaraya sekarang ini bermakna mereka boleh didakwa lagi,” kata Haniff.
Peguam Matthias, Zainur Zakaria berkata tawaran itu bererti pihak pendakwaraya hanya menangguhkan pendakwaan ke hari lain.
Wan Norisham akan menentukan esok sama ada untuk membebaskan atau melepaskan Khairuddin dan Matthias.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaaan pada penghujung 2015 kerana berada di balai polis untuk membuat laporan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kertas pendakwaan menyatakan mereka berada di Jabatan Jenayah Ekonomi dan Kewangan Pejabat Ketua Polis di Paris, Balai Polis Charing Cross di London, Pejabat Peguam Negara Switzerland di Berne, Balai Polis Wai Chan di Hong Kong dan Ibu Pejabat Polis Cantonment di Singapura.
Mereka berada di lokasi tersebut antara 28 Jun dan 26 Ogos 2015.
Dakwaan menyatakan tindakan mereka bertujuan untuk mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan Malaysia. Kesalahan itu jika terbukti boleh menyebabkan mereka dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.
Disember lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan dakwaan yang mereka hadapi bukan kesalahan keselamatan dan oleh itu mereka layak bebas sementara menunggu kes diputuskan.
Kerajaan mahu mereka dibicarakan di hadapan seorang hakim Mahkamah Tinggi kerana dakwaan itu adalah kesalahan berkaitan dengan keselamatan. Ini bermakna Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) boleh digunakan terhadap mereka.
Selepas dinafikan ikat jamin, mereka memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi supaya dibacarakan di mahkamah rendah.
Pada 18 November 2015, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Azman Husin mendapati dakwaan sabotaj terhadap mereka bukan kesalahan keselamatan.
Kes kemudian pergi ke Mahkamah Sesyen, di mana prosedur Sosma tidak boleh digunakan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa