Friday, May 12, 2017

Macam tiada nilai PhD Dr Kamarul Zaman Yusoff

Nilai PhD  sudah tiada kepada Dr Kamarul Zaman Yuoff, justeru  dendam kesumatnya kepada AMANAH.?

Jawapan Kepada Dr Kamarul Zaman Yusoff: Isu Persamaan Perlembagaan Parti Amanah Negara Dengan Perlembagaan DAP

PERTAMA: Dr Kamarul Zaman Yusoff (FB post Kamarul Yusoff pada 9/5/2017) pada telah menyatakan bahawa Parti Amanah Negara (AMANAH) telah gagal untuk mendedahkan kandungan perlembagaan parti setelah setahun beroperasi.

JAWAPAN: AMANAH adalah parti berdaftar dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama dan mana-mana ahli berdaftar mempunyai hak yang sama termasuk untuk mendapatkan perlembagaan parti. Bukan seperti PAS meletakkan Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hanya sebagai sekutu dan bukan ahli yang mempunyai hak sama rata. 

Oleh itu, selaras dengan peraturan Pendaftar Pertubuhan, setiap ahli berhak untuk mendapat akses kepada Perlembagaan AMANAH dan mereka boleh berhubung dengan Setiausaha Organisasi AMANAH jika ingin mendapatkan salinan Perlembagaan AMANAH. Bagi orang awam, mereka boleh membuat carian di Pejabat Pendaftar Pertubuhan jika mereka ingin mendapatkan perlembagaan AMANAH. Bahkan, Perlembagaan AMANAH (setakat 15/8/2016) dan cadangan perlembagaan baharu AMANAH telah diedarkan kepada ahli yang hadir Konvesyen Nasional AMANAH yang diadakan pada 10-11 Disember 2016, SACC, Shah Alam. Oleh itu, dakwaan Dr Kamarul Zaman Yusoff itu adalah tersasar daripada kehendak dan peraturan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

KEDUA: Dr Kamarul Zaman menyatakan bahawa perlembagaan AMANAH sama dengan Perlembagaan DAP daripada segi bentuk pemilihan. Di akhir tulisan dibuat innuendo berikut “Apakah persamaan kaedah pemilihan pemimpin tertinggi Parti Amanah Negara dengan kaedah pemilihan pemimpin tertinggi DAP ini adalah satu kebetulan atau dirancang?”

JAWAPAN: Sesuatu perlembagaan perlu dilihat secara menyeluruh dan bukan hanya tebuk-tebuk sebelum membuat sesuatu perbandingan. Dr Kamarul Zaman hanya memetik bab pemilihan sahaja. Ini adalah tindakan yang tidak adil kerana setiap parti berhak menentukan kaedah pemilihan tersendiri. Bahkan pemilihan khalifah selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW juga berbeza-beza. Mengikut sirah Sayyidina Umar R.A, beliau sendiri telah mengusulkan nama Saidina Uthman bin Affan, Saidina Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Zubair Al Awwam dan Saad bin Abu Waqas. Pemilihan Khalifah Uthman R.A. selaku khalifah ketiga adalah berdasarkan musyawarah ini. Konsep musyawarah ini yang dipakai dalam Perlembagaan Amanah. Mengapakah Dr Kamarul Zaman lupa sirah ini dan memilih untuk menyamakan AMANAH dan DAP? Tentu sekali ada niat tersiratnya, bukan?

Perkara 56 Perlembagaan AMANAH (setakat 15/8/2016, dan perlembagaan baharu dalam Bahasa Melayu sedang menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan) menyatakan:

56. The Annual National Convention shall elect a National Leadership Committee every three (3) years consisting of twenty-six (26) members. The twenty-six (26) elected members of the National Leadership Committee together with the Wanita Amanah National Head, the Pemuda Amanah National Head, and the Wanita Muda Amanah National Head, and fourteen (14) States’ Chairmen shall from amongst their number elect a President and a Deputy President both of whom shall profess a profound understanding of and commitment towards Islam and not more than three (3) Vice Presidents. The President shall hold office not more than three (3) consecutive terms. The President in turn shall appoint five (5) additional members of the National Leadership Committee with the approval of the National Leadership Committee. After having appointed the five (5) additional members of National Leadership Committee, the President shall with the approval of the National Leadership Committee, appoint from among the National Leadership Committee members; not more than two (2) Vice Presidents, a Secretary-General, a Deputy Secretary-General, not more than three (3) Assistant Secretaries, a Treasurer-General, an Organizing Secretary, a Communication Director, an Election Director, a Strategy Director, a Syariah Affairs Director, and a Leadership Development Director.

Dr Kamarul Zaman tidak cermat bila mana klausa 56 Perlembagaan AMANAH itu menyatakan terdapat 26 orang yang akan dipilih dalam Jawatankuasa Pimpinan Nasional dan bukan 25 orang seperti yang ditulis olehnya.

Selain itu, jelas sekali wujud perbezaan ketara antara Perlembagaan AMANAH dan Perlembagaan DAP. Perlembagaan AMANAH mensyaratkan Presiden dan Timbalan Presiden hendaklah mempunyai kefahaman dan komitmen terhadap Islam yang tentunya hal ini tiada dalam Perlembagaan DAP. Begitu juga dengan jawatan yang dinamakan adalah berbeza. Antara jawatan dalam DAP yang tiada dalam AMANAH adalah National Chairman dan National Deputy Chairman, Deputy Secretary General, National Publicity Secretary, International Secretary dan National Director of Political Education.

Manakala, jawatan yang ada dalam AMANAH tetapi tiada dalam DAP adalah Presiden, Timbalan Presiden, Pengarah Komunikasi, Pengarah Pilihan Raya, Pengarah Strategi, Pengarah Pembangunan Kepimpinan dan Pengarah Hal Ehwal Syariah.

Begitu juga daripada segi struktur, dalam DAP kuasa eksekutif adalah terletak ke atas Setiausaha Agung tetapi dalam AMANAH kuasa eksekutif adalah terletak ke atas Presiden.

Kesimpulannya, Dr Kamarul Zaman bukan hanya membuat tohmahan liar bertujuan untuk menimbulkan keraguan orang ramai bahkan tidak cermat apabila gagal merujuk kepada peruntukan Perlembagaan Amanah yang terkini. Selain itu, penelitian yang dibuatnya langsung tidak ilmiah dan tidak merujuk kepada hal sebenar. Sebagai seorang bertaraf Ph.D sepatutnya Dr Kamarul Zaman lebih teliti apabila mengemukakan fakta. Jika sesuatu fakta itu silap dan tidak tepat apakah nilainya Ph.D yang dimiliki olehnya.

KANUN, Parti Amanah Negara
12/5/2017

* Aku CnP dari sini

2 comments:

  1. PHD beli kot? Atau Perasaan Hasad Dengki pd Amanah

    ReplyDelete
  2. Phd tempatan sama mcm 1st class honors uitm. Berlambak. Tak tahu ada nilai ke tak. Yusuf ni kan top macai Pas.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa