Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Thursday, May 11, 2017

TMB dan sampah: Nik Amar penentu siapa yg bakal ke neraka?

Anonymous11 May 2017 at 07:37

Ramai yang merungut kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan PBT. Dan apabila rakyat Kelantan menyatakan rasa tidak puas hati mereka melalui media sosial mengenai pengurusan sampah yang tidak dikutip, PBT bukan mengambil tindakan yang positif, sebaliknya mengherdik mereka dengan kata-kata yang angkuh.

Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar dengan sombong telah membidas dan mengancam mereka dengan kata-kata berikut :

"Seluas-luas Kota Bharu ni dio napok sapoh. Tidok ko gong eh? Sebesar-besar Kota Bharu sapoh hok dio napok"

"Hok jenis lagu nilah, ada akai tak pakai, mata tak sih tengok barang molek, telinga tak ngerti dengo barang baguih...maka tuhan kata, masuk neraka! - Nik Amar

Ucapan merapu Dato Mohd Amar

Khabarnya, bukan sahaja masalah sampah yang dihadapi masyarakat, malah banyak lampu isyarat tidak berfungsi, longkang tersumbat, taman permainan tidak diselenggara tetapi yang paling menjengkelkan rakyat ialah pada setiap tahun hampir semua ahli Majlis Daerah dan juga ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) akan dibawa ke luar negeri. Kalaupun tidak ke luar negera tetapi setidak-tidaknya ke Sabah dan Sarawak.

Nik Amar penentu siapa yg bakal ke neraka?...

* Aku petik komen dari blog shahbudindotcom 

1 comment:

  1. Klu oghe kelate kekalkan si range rover murah ni sbg wakil rakyat jg, maka makin bersampahlah negeri mu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa