Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Thursday, May 11, 2017

Pentadbiran Selangor: Salahuddin Ayub jawab Tuan Ibrahim Tuan Man

Pas parti menagih kasih dalam pentadbiran Selangor, kata Salahuddin
11 Mei 2017 | MALAYSIA DATELINE
Salahuddin Ayub

Amanah menyifatkan Pas masih lagi menagih kasih di dalam pentadbiran Selangor, meskipun parti tersebut sudah memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dipetik berkata, beliau melihat Pas yang masih lagi terhegeh-hegeh dengan kerajaan Selangor, bagi mengekalkan anggota mereka di dalam exco negeri itu.

“Bagi saya, Pas yang masih terhegeh-hegeh lagi untuk menagih kasih lagi bersama PKR. (Ini kerana), dalam Muktamar Pas baru-baru ini telah membuat keputusan, iaitu Pas telah bercerai dengan PKR.

“Jadi, apa yang Tuan Ibrahim nak tunggu lagi (setelah keputusan yang dibuat oleh Muktamar Pas),” katanya seperti dilapor Sinarharian online.

Beliau menjawab kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan Amanah sebagai parti yang tidak bermaruah apabila meminta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya merombak pentadbiran negeri itu.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan Pas ketika ini bukanlah sebuah parti demokratik, seperti sebelum ini.

Ini kerana menurutnya, Pas tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh muktamarnya sendiri berhubung keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

“Keputusan (mengenai perihal tahalul siyasi di antara Pas dengan PKR) telah dibuat. Yang saya faham, Muktamar Pas adalah kuasa tertinggi dalam perlembagaan Pas.

“Jadi, adakah perlu menunggu keputusan Majlis Syura (berhubung perkara itu). Jadi, saya nampak parti ini bukannya parti yang demokratik,” katanya.

1 comment:

  1. Muktamar dah jatuh standard... tiada nilai... tiada maruah... Pas Selangor boleh peluk...cium... DAP dan PKR. Keputusan muktamirin tidak dihormati...oleh pimpinan diktator mengaku Islam. Muktamar jadi pasar malam... tempat Lobai jamu mata... cari bini no 4... seblom patah kaki.. dihempap ribut.. Hahaha!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa