Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Sunday, May 7, 2017

Kerana Hadi Ahli PAS lari: Betul ke Kamaruddin ni?

Lari ke Bersatu pulak tu!
Aku kurang yakin sebab itu bukan tahap pemikiran majoriti Ahli PAS yang tua-tua. Yang muda pun ramai lagi yang minda dibantutkan oleh 'Wala' kepada 'Ulamak'

'Politik matang' Abdul Hadi ahli Pas Kelantan protes akan keluar parti
07 Mei 2017 | DALIA ISMAIL
Kamarudin Md Nor

Pendekatan politik matang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Umno mengundang reaksi tidak puashati dikalangan ahli Pas yang akan bertindak keluar parti.

Sudah tersebar sekeping foto menunjukkan sebuah batu tanda Pas berlambangkan logo parti sudah ditukar kepada logo Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Kejadian itu berlaku di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Pasir di bawah Parlimen Pasir Mas Kelantan.

Foto yang menjadi viral itu disahkan Ketua Penerangan  Bersatu Datuk Kamaruddin Md Nor kepada Malaysia Dateline.

" Ya  foto itu di Dun Pengkalan Pasir. Protes ahli-ahli Pas terhadap pendekatan 'politik matang.

"Yang menariknya ialah mereka pilih PPBM tidak Amanah," ujarnya melalui whatapps.
Kamaruddin yang juga Pengerusi Bersatu Negeri Kelantan juga tidak menafikan akan ada lagi protes di kalangan ahli Pas di negeri itu terhadap tindakan Presiden Pas berbaik-baik dengan Umno yang dahulu pernah menjadi musuh ketat parti itu, katanya lagi," ura-ura itu ada kedengaran," ujarnya yang mengatakan kejadian menukar logo batu tanda itu berlaku minggu lalu dan  dilakukan bekas ahli Pas.

Pada 4 Mei lalu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir dalam program tukun tiruan di perairan laut Pulau Kapas, Marang bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Abdul Hadi dalam kenyataannya dipetik berkata Kerjasama hari ini (Pas dan Umno) adalah politik matang, politik yang tidak berkelahi, politik kepentingan bersama. Politik boleh berbeza pendapat tapi untuk apa sahaja isu kepentingan rakyat.

Manakala Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa pula dipetik berkata,kemunculan Abdul Hadi dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Perikanan dan Petronas itu dilihat sebagai pendekatan untuk menguji persepsi politik pengundi Melayu.

Ini kerana semua adalah percubaan untuk mukadimah hubungan politik antara Pas dan Umno. Mereka mahu melihat minda siasah orang Melayu sama ada kerjasama itu diterima atau tidak.

Pada asasnya, kerjasama politik atas apa nama sekalipun sama ada atas nama Melayu, Islam dan demi kepentingan negara itu tidak menjadi satu kesalahan.

Namun ujar Husam, kerjasama politik itu tidak lebih hanya menambahkan kerosakan sedia ada akibat kepimpinan negara pada masa ini yang korup sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam, kenegaraan dan demokrasi.

1 comment:

  1. Budaya Perut Makan Sekeliling. Di Ganu, buat lain. Di Selangor, cakap lain. Parti Islam Khunsa Pertama di Dunia. Parti lain boleh guna ikut selera.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa