Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Thursday, May 11, 2017

Bukti: PH Lebih Layak tadbir Kelantan tapi bagaimana penerimaan Pengundi?

THURSDAY, MAY 11, 2017
Bukti Pakatan Harapan Lebih Layak Ambil Alih Kelantan
Dana PBT Kering!  Sukar beri khidmat terbaik culas bayar cukai sehingga tertungak RM51.12 juta!- Begitulah tajuk laporan akhbar Metro merujuk kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu Islam yang gagal mentadbir urus dalam memikut amanah kepada rakyat Kelantan.

Laporan tersebut nampaknya seolah-olah hanya mahu menyalahkan rakyat kerana culas bayar cukai taksiran. Apakah PBT telah melaksanakan tanggung jawap mereka dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat Kota Bharu?

Ramai yang merungut kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan PBT. Dan apabila rakyat Kelantan menyatakan rasa tidak puas hati mereka melalui media sosial mengenai pengurusan sampah yang tidak dikutip, PBT bukan mengambil tindakan yang positif, sebaliknya mengherdik mereka dengan kata-kata yang angkuh.

Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar dengan sombong telah membidas dan mengancam mereka dengan kata-kata berikut :
"Seluas-luas Kota Bharu ni dio napok sapoh. Tidok ko gong eh? Sebesar-besar Kota Bharu sapoh hok dio napok"  
"Hok jenis lagu nilah, ada akai tak pakai, mata tak sih tengok barang molek, telinga tak ngerti dengo barang baguih...maka tuhan kata, masuk neraka! - Nik 
Amar
Ucapan merapu Dato Mohd Amar
Khabarnya, bukan sahaja masalah sampah yang dihadapi masyarakat, malah banyak lampu isyarat tidak berfungsi, longkang tersumbat, taman permainan tidak diselenggara tetapi yang paling menjengkelkan rakyat ialah pada setiap tahun hampir semua ahli Majlis Daerah dan juga ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) akan dibawa ke luar negeri. Kalaupun tidak ke luar negera tetapi setidak-tidaknya ke Sabah dan Sarawak. (Baca di sini)

Ini membuktikan rungutan rakyat Kelantan telah sekian lama mengenai tadbir urus kerajaan tempatan dibawah Pas yang begitu lemah.

Kini rakyat Kelantan telah semakin hilang kepercayaan mereka kepada Pas hingga bertindak enggan melangsaikan cukai taksiran mengikut masa.

Ini merupakan pertanda yang jelas, rakyat Kelantan akan menyingkirkan Pas dari tampok pemerintahan di Kelantan menjelang PRU 14 yang akan datang!

Jauh sangat ketinggalannya jika mahu dibandingkan dengan kejayaan cemerlang kerajaan Pulau Pinang dibawah Pakatan Harapan.
Betapa di Pulau Pinang, pemilik rumah kos rendah, rumah sederhana rendah dan rumah kampung mendapat pengecualian cukai pintu.

Malah Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang membantu rakyatnya dengan penyerapan enam peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pengecualian cukai yang bakal ditanggung Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan melibatkan penyerapan kos hampir RM55.19 juta itu adalah bukti bahawa kerajaan negeri amat prihatin dengan bebanan yang ditanggung rakyat.

Rakyat sengsara akibat skandal RM52 bilion 1MDB dan nilai matawang jatuh menyebabkan Kerajaan Persekutuan tidak ada wang dan terpaksa memungut cukai GST, cukai enam peratus daripada rakyat tanpa memikirkan kesan yang terpaksa ditanggung mereka. - sumber

Cuba bandingkan jumlah cukai tertungak PBT Kelantan RM51.12 juta dengan jumlah pengecualian cukai pintu dan penyerapan kos GST yang hampir RM55.19 juta yang ditanggung Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Itu belum lagi kalau nak dibandingkan kemampuan Pulau Pinang yang menghulurkan bantuan untuk sekolah, pendidikan Islam... Bahawa Pulau Pinang dibawah Pakatan Harapan, Melayu dan Islam tetap terpelihara!

Dan berapa juta bantuan Pas Kelantan kepada PASTI sejak perintah Kelantan?
Bahawa jelas menunjukan kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang mampu mentadbir urus jauh lebih efisen dan baik dari Pas Kelantan yang mentadbir Majlis perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam!

Rakyat Kelantan patut beri peluang kepada Kerajaan Pakatan Harapan untuk mentadbir urus kerajaan Kelantan dan singkirkan Pas untuk selama-lamanya.

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 6:30 am 

* Sebenar ni bab dana ni memangh serius. Aku dapat maklum yang elaun pekerja MPKB tahun lepas pun belum lagi dilunaskan. Namun ada cerita yang Ahli Majlis Tempatan bermesyuarat di luar Kelantan!

Penerimaan rakyat kelantan terhadap PH pula, aku masih ragu kerana air dipermukaan memang tenang sejak Amanah dan Bersatu ditubuhkan. Kalau ada kocak pun sikit jer, tak adalah ketara sangat. Cuma aku rasa para penyokong PAS dan UMNO yang tidak ada berkepentingan mengambil sikap berdiam diri dulu. Dan.......diam-diam orang Kelantan jangan dianggap remeh, bila-bila masa mereka boleh menukar arah!

Satu lagi benarkah Ahli Amanah Kelantan tak sampai pun 2,000 orang? Baru aku minum bersama Dato' Wan Rahim tapi dah sembang merata terlupa pula nak tanya berapa sebenarnya Ahli Amanah yang terkumpul setakat ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa