Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Wednesday, May 10, 2017

RM50 ribu: Menteri mana pulak ni?

Siasat kenyataan Norscammer bayar menteri RM50,000
By Muhamad Izwan Mohd Zubit -  10 Mei 2017 1711
Perunding Utama dan Jurulatih INFAQ Consultancy, Afyan Mat Rawi bercakap ketika sesi temubual di Selayang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 28 APRIL 2017

KUALA LUMPUR – Satu laporan polis dibuat terhadap ‘Norscammer’ – individu yang dikaitkan dengan skim penipuan rumah banglo murah ekoran pengakuan beliau baru-baru ini kononnya membayar seorang menteri sebanyak RM50,000 bagi mendapatkan kelulusan pinjaman bank.
Laporan Polis AlfafaLaporan ke atas pengasas sebuah syarikat dikenali sebagai Alfafa Group itu dibuat semalam oleh Afyan Mat Rawi yang aktif membongkar penipuan ditawarkan oleh Norscammer kepada orang ramai itu di Balai Polis Prima Gombak.

Norscammer dalam satu video wawancara berdurasi 30 minit bersama sebuah media arus perdana telah membuat kenyataan ada membayar seorang menteri RM50,000 untuk mendapat bantuan kewangan daripada sebuah bank tempatan untuk tujuan membina rumah banglo yang ditawarkan syarikatnya.

“Dahulu sebahagiannya kita beli tanah, sebahagian lagi kita berusaha membuat pinjaman sebagai contoh seorang ini beritahu nak pakai RM20 juta dan boleh diperoleh daripada sebuah bank.

“Tapi syaratnya saya kena dapat tandatangan menteri tetapi untuk dapat tandatangan menteri, ustaz kena bayar RM50,000. Saya bayar, tapi tidak dapat,” kata Norscammer yang dipetik daripada video online media  tersebut.

Afyan memberitahu MalaysiaGazette, pengakuan berani Norscammer itu mengejutkan.

Ia, katanya, seolah-olah cuma mencemarkan imej kerajaan kerana cuba mengaitkan kegagalan Alfafa yang sudah banyak menipu orang ramai dengan kerajaan Malaysia pula.

“Saya ingin membuat laporan polis supaya pihak berkuasa membuka siasatan terhadap Norsham bagi mendapat maklumat siapakah menteri yang dimaksudkan.

“Jika benar, tindakan sewajarnya diambil terhadap menteri tersebut dan jika ia tidak benar, tindakan wajar diambil terhadap Norscammer kerana mencemarkan nama baik kerajaan Malaysia untuk mengaitkan dengan kegagalan projek Alfafa,” kata Afyan.

Norscammer membuat kemunculan semula selepas hampir setahun menyepi dan dikesan memulakan semula aktiviti penipuannya, dan yang terbaru dikesan menggunakan masjid di Puncak Alam untuk mencari mangsa-mangsa yang tertarik dengan tawaran palsu beliau.

Skim penipuan menerusi Alfafa didakwa menggunakan modus operandi yang mudah dengan menawarkan harga rumah banglo yang tidak munasabah dan mereka yang berminat perlu membayar deposit dengan amaun tertentu yang dipersetujui, kemudian perlu menunggu 48 bulan untuk rumah yang dijanjikan itu siap.

Untuk menarik orang ramai, mereka menawarkan pemberian tunai dengan amaun tertentu sepanjang tempoh 48 bulan kepada pembeli yang akan dimasukkan ke dalam akaun.

Selain itu, Alfafa juga mewajibkan pembeli supaya mengikut kursus solat dan seminar pengajian al-Quran. – MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa