Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Tuesday, May 9, 2017

Wow.....confidentnya mereka!

Hudud masih gagal dilaksanakan, janji nak letak jawatan tu bila nak tunaikan?
Tak jatuh munafiq ke?

PAS YAKIN PAKATAN HARAPAN AKAN KALAH TERUK DI PRU14
Posted by Fatty | 9 May 2017 | 8:30 am
Pakatan Harapan selama ini mendabik dada yakin dan bangganya mewar-warkan bahawa kononnnya Pakatan Harapan mampu untuk menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang tidak lama lagi.

Ini boleh dilihat apabila Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Pakatan Harapan boleh memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) walaupun tanpa PAS.

“Kalau kita mengikuti kehadiran orang Melayu dalam perjumpaan-perjumpaan yang telah diadakan oleh Pakatan Harapan, jumlah mereka begitu besar sehingga meningkat kepada 12,000 dan 15,000,” kata Mahathir ketika berceramah dalam program Pakatan Harapan bersama penduduk Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur sebelum ini.

Beliau menyifatkan sambutan itu kononnya menggambarkan yang orang Melayu memberi sokongan kepada PPBM dan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob pula beranggapan sebaliknya. Beliau membayangkan Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, PAN, PPBM dan DAP tidak mempunyai peluang untuk memenangi PRU14.

Ini kerana jika dilihat kepada situasi sekarang, tiada bukti kukuh menunjukkan Pakatan Harapan yang diterajui parti rasis dan cauvinis DAP akan menang.

“Kami tidak bimbang dengan pakatan, malah yakin, PAS mampu menghadapi pilihan raya dengan lebih kuat.

“Tiada ramalan mana-mana pihak mengatakan bahawa pakatan harapan akan menang,” kata Menteri Besar Kelantan itu.

Manakala mengulas mengenai kerjasama dengan UMNO pula, beliau mengatakan parti Islam itu hanya akan berada dalam blok ketiga.

“Oleh itu, kami bersedia untuk berhadapan pertandingan tiga penjuru. Ini disebabkan kita tidak boleh menghalang mana-mana pihak daripada bertanding. Kita menghormati mereka,” kata Ahmad.

7 comments:

  1. Para pemimpin PAS mengalami sakit mental kerana DAP. Dah beberapa kali diberitahu dlm PH tiada parti yg jadi ketua ttp pemimpin PAS tetap menuduh PH diketuai oleh DAP. Mulut pemimpin PAS bila betcakap, keluar tahi butir UMNO...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau DAP tidak dianggap ketua, kenapa PKR hanya berdiam diri bila DAP secara bersendirian bubarkan Pakatan Rakyat?

      Cakap kosong boleh lah 4:25..

      Delete
  2. Dah ramai pemimpin pas patut dipakaikan straightjacket sebelum mereka bertindak ganas terhadap orang lain.

    ReplyDelete
  3. Bila kebodohan melampau menjadi jadi di kalangan penyokong butir tahi umno ni. Bila walauntahi dah mula melihat segar butir butir tahi yang disabdakan pemimojn mereka yang berserban tu, cuba bayangkan kalau perkataan yang dihamburkan tu seperti butir tahi kambing yang keluar dari *****. Begitulah perumpamaan butir kata yang keluar dari ularmak parti pengguna agama ni. PASFORALLTOLOLs

    ReplyDelete
  4. Boleh sakit mental bila baca penyokong tegar pas..kesian dia org tk dpt petunjuk dari Allah,sbb mnyokong hadi awang n the group menbuta tuli,tanpa menilai setiap tutur kata dn tibgkah laku hadi n the croni...sedih

    ReplyDelete
  5. Letih baca penyokong tegar pas,yg tk dpt hidayah dan petunjuk dari Allah..tk boleh nk menilai tingkah laku dan percakapan hadi n the croni,bila brcakap macam org tk belajar agama,saya tk nampak seorang pun pemimpin pas sekarang yg ada qualiti..orang2 muda lebih nampak pengetahuan cuma belum brpengalaman dan lebih jujur dri org2 tua yg bnyk ilmu konon..tpi kosong

    ReplyDelete
  6. Pas masih terkenang janda lama Pakatan Rakyat yang dilanggar mati guna AudiQ7. Jangan gila talak macam di Selangor. Dah cerai nak sebumbung.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa