Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 7, 2017

Benar atau propa untuk menaikkan semangat rakyatnya?

CIA Cuba Bunuh Jong-un?
mStar - Diterbitkan: Sabtu, 6 Mei 2017 8:53 AM
PYONGYANG: Korea Utara mendakwa Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan perisikan Seoul cuba untuk membunuh pemimpinnya, Kim Jong-un menggunakan senjata kimia.

Menurut agensi berita Yonhap, Pyongyang telah mengancam untuk melancarkan serangan balas ke atas Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, Korea Selatan.

"Kumpulan pengganas disokong CIA dan Seoul berjaya menyusup ke sempadan negara itu sebelum cuba membunuh pemimpin diktator terbabit. Beberapa bahan kimia termasuk bahan radioaktif dan nano beracun telah digunakan. Kesannya hanya boleh dilihat selepas enam hingga 12 bulan.

"Seorang warga tempatan dikenali sebagai 'Kim' menerima wang sogokan daripada CIA untuk membunuh Jong-un ketika perarakan tentera pada 16 April lalu," jelas laporan itu seperti dipetik oleh portal The Telegraph.

Ia bagaimanapun tidak mengenal pasti kumpulan pengganas yang bertanggungjawab dalam insiden itu malah CIA dan Seoul tidak memberi sebarang respons berhubung dakwaan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa