Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 29, 2017

Harga barang keperluan naik: Kami rakyat dah lali daah......!

Kita tunggu nak turunkan orang yang menyebabkan semua barang naik jer........itu pun kalau rakyat jenis yang cerdiklah!

Jangan panik harga ikan naik
SH - 29 MEI 2017
Irmohizam Ibrahim

BATU PAHAT - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) hari ini menasihati orang ramai supaya tidak panik dengan kenaikan harga ikan sepanjang Ramadan ini dan menjelang perayaan Aidilfitri.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Perikanan esok, bagi membincangkan bagaimana untuk menstabilkan harga ikan khususnya di pasar tani.

"Saya menerima maklum balas daripada nelayan terutama di perairan Selat Melaka bahawa walaupun cuaca baik, namun, lautan bergelora menyebabkan tangkapan ikan terjejas.

"Dari segi pendaratan ikan, mengikut data Mac hingga September sepatutnya hasil tangkapan  meningkat. Tetapi hari ini, bila nelayan di tengah laut, terdapat angin kencang yang tidak menentu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai kepada 601 nelayan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Batu Pahat, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, beliau meminta Nekmat supaya bersiap siaga bagi menghadapi situasi harga ikan yang tidak menentu memandangkan terdapat trend permintaan ikan yang tinggi daripada pengguna.

Menurut Irmohizam, ketika ini Nekmat mempunyai bekalan 50 tan ikan sejuk beku segar berkualiti dikenali Q'Fish, yang disimpan di pusat pengumpulan dan penggredan di Selayang, Selangor, di Kuala Besut, Terengganu dan di Kuala Kedah, Kedah.

"LKIM mencadangkan kepada Nekmat dan Fama, di samping jualan ikan segar, kita tawarkan ikan sejuk beku segar yang ditangkap di perairan Malaysia dan ikan sejuk beku segar yang diimport dari Aceh di Indonesia dan Pakistan untuk jualan di pasar tani bagi menstabilkan harga ikan," katanya.

Beliau berkata, LKIM sentiasa mengambil berat keresahan rakyat terhadap keperluan ikan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan Aidilfitri dan bersedia bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi menjamin kestabilan harga ikan di pasaran.

Dalam perkembangan lain, Irmohizam berkata, Kumpulan Keselamatan Nelayan (Kukenal) akan diperluaskan ke seluruh negara bagi memberi bantuan kepada nelayan ketika bencana dan kemalangan di laut.

Beliau berkata, setakat ini kira-kira 500 nelayan sudah menyertai Kukenal yang dilatih pasukan bomba bagi melakukan kerja menyelamat.

"Saya menerima maklumat, nelayan di perairan Johor  antara mereka yang turut membantu Op Carilamat sembilan anak kapal KD Perdana milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terputus hubungan, baru-baru ini.

"Saya ucapkan tahniah kepada mereka (nelayan) dan selaras dengan itu, saya terpanggil untuk memperluaskan Kukenal ke seluruh negara supaya pengguna laut mendapat bantuan segera jika berlaku bencana atau kemalangan," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa