Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Thursday, May 11, 2017

Datuk RM20 juta ditahan, tapi kenapa setiap penahanan akan ada beg berjenama?

* Berjenama tu untuk pujuk isterilah kot? 
Mau sama klass dengan Datin *......dan Imelda Marcos ke?

Datuk Suspek Kes Rasuah RM20 Juta
mStar - Diterbitkan: Rabu, 10 Mei 2017 3:12 PM

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan dua lagi suspek termasuk seorang bergelar ''Datuk'' bagi membantu siasatan kes rasuah lebih RM20 juta membabitkan permit kerja ekspatriat dan profesional warga asing.

Sumber memaklumkan, kontraktor bergelar Datuk berusia 53 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 11 malam manakala seorang lagi berusia 37 tahun di sebuah rumah di Petaling Jaya pada pukul 9.30 malam, Selasa.

Kedua-dua suspek adalah kontraktor pembinaan serta pemilik pusat cuci kereta di Pulau Pinang dan Kedah yang dipercayai berperanan sebagai penjaga aset kepada suspek utama yang juga seorang pegawai kanan Imigresen Padang Besar berusia 37 tahun yang ditahan Isnin lalu.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan penahanan kedua-dua suspek.

Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Berikutan penahanan terbaharu itu, suspek yang ditangkap setakat ini berjumlah lima orang.

Pada Isnin lepas, tiga lelaki termasuk dua pegawai kanan Imigresen yang bertugas di Padang Besar, Perlis, masing-masing berusia 37 dan 34 tahun serta seorang kontraktor berusia 48 tahun, ditahan berhubung kes rasuah berkenaan.

Mereka ditahan di sekitar Perlis dan Alor Setar kerana disyaki menerima rasuah bagi meluluskan pas ekspatriat pengambilan pekerja mahir dan profesional yang melibatkan 339 permohonan dengan 18,626 pas diluluskan sejak 2015.

Susulan itu, SPRM merampas wang tunai bernilai RM1.9 juta, lima kenderaan mewah, sebuah motosikal berkuasa tinggi, jam tangan dan beg tangan berjenama serta deposit tetap hampir RM1 juta.-- Bernama

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa